Anda Mahu Memiliki Blog Sendiri? Ketahui Caranya Disini..
Powered by MaxBlogPress  

Sudah sampai 29

Detik 06/07 maka genaplah usia saya kepada 29. Sudah agak tua sebenarnya jika nak dibandingkan dengan pemain-pemain bolasepak Eropah, mereka sekitar 18 - 26 tahun sudah matang dalam dunia bolasepak.

Alhamdulillah syukur banyak2 kepada Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas di muka buminya ini beserta dengan nikmat2nya yang mencurah-curah tak henti-henti. Alhamdulillah.

Di angka 29 ni, dengan kemurahan rezeki dari Ilahi saya sudah mempunyai sepasang cahaya mata yang cantik (pada pandangan saya ler), dan juga seorang isteri saja setakat ini :lol: . Kini saya menetap di rumah sendiri di kampung yang telah dibina sekitar akhir tahun 2006 hasil titik peluh pihak bank dan juga sebuah kereta pinjam untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana walaupun kereta itu banyak tak bergerak pun lantaran krisis minyak yang melanda negara. Saya lebih gemar menunggang motosikal saja walaupun ianya sebuah motosikal yang buruk, kerajaan suruh bersederhana.

anak gadis saya: nurin auni syafiqah

Banyak lagi impian saya yang masih belum digapai menjelang angka 29 dan insya’allah saya akan terus berusaha demi mencapai apa yang diidamkan. Impian utama saya ialah ingin membahagiakan kedua orang tua dan juga membantu setakat yang boleh rakan-rakan di sekeliling agar mereka juga mampu mengecapi hidup yang lebih selesa. macam karangan sekolah menengah la pulak..

Oklah itulah serba sedikit mengenai saya yang hina ini, tulis panjang2kan nanti orang boring pula nak baca lagipun saya bukanlah seorang artis yang popular yang ramai peminat nak tahu kisah hidup mereka hatta pasal makanan kegemaran pun heboh satu malaya. Saya insan biasa yang menumpang di bumi tuhan ini.

Semoga detik 29 ni bermula sebuah kehidupan yang lebih baik untuk saya dalam menuju kebahagiaan dunia dan akhirat sana, anda juga saya doakan.

sekian, reen.

p/s: Pada piala dunia 2002, Ronaldo telah menjaringkan gol kemenangan ke atas Jerman pada minit 67 dan 79 untuk menjuarai piala dunia ke 5 mereka. :grin:

di tepi sungai kat kampung. merenung nasib dikala subuh menyising

tempat mencari ilham, depan umah. takde keja sini la saya selalu lepak ngan member2

2 permata hati. Anak lelaki saya, naufal zaafarani (11 bulan), baru je boleh berjalan..

chow..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

9 Comments so far »

  1. nUR_rOsALiNdA said

    am July 4 2008 @ 11:09 am

    happy birthday in advance
    anak buah saya pun nurin
    Nurin Adriana

    nUR_rOsALiNdA’s last blog post..~~~hAPPy biRtHdAy mAk~~~

  2. rynn2506 said

    am July 4 2008 @ 12:19 pm

    happy birthday in advanced too…

    rynn2506’s last blog post..Confusing…..

  3. reen said

    am July 4 2008 @ 11:37 pm

    nurin jugak? kebetulan betul..tq semua.

  4. zaki blogjer said

    am July 6 2008 @ 7:59 pm

    salam bro,

    hepi besday. Bro bertuah sbb dah kawin, anak ada umah sendiri Syukur atas nikmat Allah

    zaki blogjer’s last blog post..How to display your social media profile widget on your blog

  5. admin said

    am July 7 2008 @ 9:30 am

    thanks bro..yelah..kena selalu bersyukur atas segala kurniaannya..semua itu adalah ujian..

  6. wan wma said

    am July 21 2008 @ 5:14 pm

    comelnya anak… :shock:

  7. admin said

    am July 23 2008 @ 9:06 am

    tq bro..anugerah Ilahi

  8. titan said

    am July 31 2008 @ 6:01 pm

    kiutnya diorang. BIla la aku nak ada anak.. :cry:
    titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan BuyBlogReviews

  9. admin said

    am August 6 2008 @ 11:09 am

    Titan..nak ada anak kena la kawen dulu, u dah kawen ke? kalau blm cpt2 la kawen yer..kawen itu best.

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: