NIKE CAMPAIGN
Dua tiga hari lepas saya ada terima email dari Nike katanya. Cik Natasya namanya. Beliau ingin membuat kempen untuk promosi bolasepak tempatan di bawah tajaan Nike. Beliau berminat untuk meletak banner di blog bola hampeh saya. Rasa teruja pun ada sebab bukan calang-calang jenama tu berminat nak meletak iklan mereka.
Cik Natasya ni bertanyakan berapa rate sebulan saya charge untuk letak banner kempen tersebut, rasa macam best la pulak, belum ada dalam perancangan pun nak jadikan blog tu tempat iklan namun inilah kuasa internet, benda-benda yang kita tak duga boleh berlaku dan tak pasal-pasal dapat income lagi walaupun kecil-kecilan, bolehlah buat beli kad prepaid untuk sebulan.
Mengikut cik Natasya ni lagi, pihak Nike juga akan bagi hadiah iaitu sepasang kasut bola dan jersi Nike jika projek ni berjaya dan harap2 berjaya lah, bolehlah nanti saya melaram dengan boot baru tu nanti depan kawan-kawan..
Namun demikian nak berharap sangat tu takdelah kerana perkara ni betul ke tidak atau jadi ke tak jadi tak tahu lagi masih dalam proses perbincangan dan kalau jadi alhamdulillah kerana di samping dapat tajaan nike tu dapatlah juga saya membantu kempen bolasepak tempatan walaupun saya bukanlah peminat tegar bolasepak Malaysia tapi rasa sayang akan bolasepak negara kita ini tetap tebal. Malaysia vs Chelsea saya tetap sokong Malaysia tetapi jika Malaysia vs Real M pasti saya akan sokong Real M..hehehe..
Oklah ye setakat tu dulu. Majulah sukan untuk Malaysia. Malaysia boleh!!
p/s: lampiran email dari cik Natasya (ntah betul atau tidak atau cik Natasya ni saja2 je nak main2
)
Hello,
I am from the media agency who is representing Nike and I would like to
discuss with you on a possible blog campaign with Nike, for our local
Malaysian football team.
It’s a great opportunity for you and Nike will sponsor you with football
boots and jersey for your participation.
Please call me 017 *** ***3 if you are reen.
Thank you


















































zen said
am August 6 2008 @ 1:59 pm
entah2 scam kot - tak’kan nike antar email cam tuh jer
zen’s last blog post..Nissan Mori Scooter By Shane Crozier
admin said
am August 6 2008 @ 4:46 pm
ntah ler..tapi ada na comp, no phone & fax..tunggu je la
wan wma said
am August 6 2008 @ 8:18 pm
Tahniah aku ucapkan jika benda ni betul2 berjaya!
admin said
am August 7 2008 @ 2:00 pm
TQ BOSS..Insya’allah. Lagipun dia dah hantar proper email dan november ni insya’allah start..
zool said
am August 10 2008 @ 2:56 pm
Okaylah tu bro..
Bukan senang orang nak taja ko..
Eh cik natasya tu single lagi ke??
zool’s last blog post..Pindahan Wang Kepada Pemenang Peraduan Domain
Mohd Hafifi said
am September 25 2008 @ 2:35 pm
kalau btul la benda ni jadi, mesti dorang byr mhal..sbb dorang ni company besar..
Mohd Hafifi’s last blog post..Raya Ketika Aku Kecil