FORMULA LUAR BIASA - MOHD NIZAM
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Sebenarnya sudah lama saya ingin review FLB Pro Saudara Nizam ni, namun masa je tak mengizinkan. Ramai yang kata program ni adalah skim cepat kaya namun sebenarnya tidak sama sekali. Dalam FLB Pro ini saudara Nizam telah mengupas secara terperinci bisnes gayapos yang berjaya. Mana nak dapat panduan lengkap sebegini rupa selain FLB Pro ni. Saya pasti ramai yang dah mencubanya.
Apa itu FLB Pro
FLB Pro diasaskan oleh saudara Nizam. Setiap ahli yang menyertai program ni akan diberi satu laporan lengkap bagaimana ingin menjadi bisnes gayapos yang berjaya. Untuk menjadi ahli anda perlu membayar RM295.00 dan anda dibekalkan satu laman web yang telah dibina siap-siap oleh Nizam dan siap dengan sistem autoresponder yang agak baik. Anda hanya perlu mempromosikan laman web itu sahaja. Komisen akan diberi RM100 bagi setiap jualan dan RM50 lagi untuk jualan 2 tier di bawah anda.
Namun itu bukanlah kelebihan utama bagi ahli FLB pro ini, tapi ilmu yang diberikan tidak ternilai. Apatah tidaknya anda diberi dengan sebuah laporan yang padat dengan ilmu, cara dan rahsia-rahsia tersembunyi bisnes gayapos. Untuk meringkaskan penerangan berkenaan FLB ni kita bahagikan mengikut produk berikut:-
1. Formula Luar Biasa - Laporan hebat yang menerangkan secara terperinci rahsia menjana wang ribuan ringgit sehari cara mudah secara sambilan dari rumah. Anda hanya perlu laksanakan sahaja, caranya dah diterangkan secara TERANG oleh Nizam ni.
2. CD Ekslusif - Di dalam CD ni mengandungi 2 bahagian iaitu Promosi Internet. Di sini anda akan diberi laporan sulit promosi secara online dengan cara yang cepat, mesra dan betul, opss tu slogan PDRM, cepat, mudah dan murah. hehehe. Dan yang keduanya Promosi Gayapos yang mana beberapa surat power dibekalkan untuk anda promosikan.
3. Bonus FLB - Bonus-bonus ni anda boleh cetak dan jual dan ambil 100% keuntungan. Dua bonus diberi iaitu Bonus eksklusif CD-ROM 39 Rahsia Duit dan juga Sistem RM750 Sehari & Empayar Jutawan.
4. Bonus PRO - Yang ni untuk rujukan anda dalam mencari sumber pendapatan anda sendiri.
Terus terang saya katakan, pada awal saya menyertai program ni dan promosikannya ramai yang mengutuk dan menghantar email tak puas hati pasal mereka anggap ini adalah penipuan bizz internet. Nak suruh saya pastekan kat sini ke email kutukan tu? Padahal sistem ni telah direka dengan begitu tersusun sekali oleh Nizam untuk sama-sama menjana kewangan. Namun semuanya terpulang pada pandangan masing-masing tapi FLB Pro ni telah mengupas suatu kuasa pemasaran yang begitu BIJAK sekali.
Cuma yang saya begitu berterima kasih pada saudara Nizam ialah FLB pro nya telah membuka minda saya yang bizz internet ini amat luas dan tunggu kita teroka saja. RM295 tak berpadanan langsung ngan ilmu yang diberi dan Insya’allah jika dipratikkan secara serius apa yang tercatat di dalam ini tak mustahil anda juga mampu tersenyum. Itu pandangan ikhlas saya pasal FLB Pro ni dan anda yang juga memilikinya mungkin mempunyai perpepsi sendiri dan pada pendapat saya FLB Pro ini bukanlah satu penipuan mengaut keuntungan semata-mata. Terima kasih.
Jika anda berminat, boleh sertai saya disini.

















































dauz said
am March 26 2008 @ 3:18 pm
Hoho ingin juga memiliki FLB pro nie …tetapi apakan daya…tiada upaya…Lain kali je..Cam sayang ngan duit..Tetapi apa yang saya katakan FLB Pro memang mempunyai trik taktik tersendiri
admin said
am March 26 2008 @ 3:36 pm
betul tu..tapi amat berbaloi memilikinya. Penuuh ngan ilmu pemasaran yang berkesan. Tapi jgn simpan buat koleksi sdh ler, kenalah pratikkannya..hehehe
Qaiyum said
am March 27 2008 @ 7:45 pm
Menarik Untuk Dicuba Ni..
wanwma said
am March 29 2008 @ 12:23 pm
cerita pasal FLB pro ni ada dibincangkan kat forum Wang Cyber. Try la search kt WC tengok apa pandangan geng2 Ebiz lain pasal FLB pro ni. Tp apa2 hal pun aku mmg respek dgn saudara Nizam tu!
wanwma’s last blog post..Menteri Besar Terengganu Yang Baru
kooreen79 said
am March 29 2008 @ 12:50 pm
Ye..beliau begitu komited dengan apa yang beliau buat..kalau teliti betul2, byk jugak faedah yang beliau selitkan, just kena xplore je..
kooreen79’s last blog post..FORMULA LUAR BIASA - MOHD NIZAM
kakeru said
am April 17 2008 @ 11:36 pm
kakeru’s last blog post..By: kakeru
kakzah said
am April 22 2008 @ 12:02 am
salam…akak dah join sebulan yg lalu…bile akak wat promosi disalah satu forum terkenal akak pun telah diperlekehkan juga.Dan ramai yang mengutuk akak kerane menyertai FLB PRO ni …Mulanya rasa cam putus asa jer…tp alhamdulillah akak dah terima hasil yang pertama dengan menyertai FLB PRO ni.Walaupun tak banyak,yang pastinya FLB PRO ni bukan program yg menganiaya orang.Sekarang rasa lebih bersemangat balik..hehehe

admin said
am April 22 2008 @ 12:59 pm
tahniah la akak yer..sebenarnya FLB Pro ni lebih menjurus ke arah teknik gayapos..jgn berputus asa asalkan buat benda yang betul apa nak dihiraukan orang..
redsfans10 said
am May 1 2008 @ 11:57 pm
aku ada try usha ttg flb pro ni tp kurang percaya sbb aku dah join mcm2 program menjana kewangan ni,pernah dengar uptrend?aku penah join tapi habuk pun takde.jadi aku nak tanya sikit flb pro nie cam uptrend ker?kena cari orang join bawah kita?yg tu aku malas sikit bab2 cari orang nie..lagi satu apa pandangan semua ttg mobile income..aku sorang pelanggan pun tak dapat lg…duit dah beribu habis join mcm2 program hasil xde.skrg nie dah 2 tahun aku menganggur ada duit cukup2 makan jer.kalau flb pro nie lain dari yg diatas nie aku nak join gak
redsfans10 said
am May 1 2008 @ 11:58 pm
kalau dah balas pertanyaan aku sila inform kat aku di zack_9080@yahoo.com
secret said
am May 5 2008 @ 6:41 pm
Betul ke ni psl FLB ni. Sy mmg teringin nak dptkan pakej tu tp memandgkan harganye beratus cmtu sy jd takut+kurg yakin sbb takut kena tipu dgn hrga yg terlalu mahal tu. Sbb selama ni pun sy dh puas kena tipu dgn program2 di internet ni. Mintak tlg terangkan apa sebnrnye yg dibuat dlm FLB+apa bukti2 kukuh yg terbaru yg bole meyakinkan sy..Harap dpt jwpan dr anda…Tk.
admin said
am May 5 2008 @ 10:49 pm
Salam redsfan10 dan secret. FLB pro ni sbgmn yang saya nyatakan ianya mempunyai 2 kaedah, online dan offline. Online ialah dengan mempromosi website yg akan diberi stlh menjadi ahli dan offline pula ialah sistem gayapos yg lengkap untuk dipratikkan. Walau apapun program yg diceburi kita harus konsisten dan berminat utk membuatnya. Sama juga dgn FLB pro ni, kalau masuk dan duk diam tak buat apa maka hasilnya juga akan senyap begitu saja. Promosi kena buat secara berterusan. Pasal mobile income redsfan boleh ke http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/
dan pasal uptrend juga saya tak pasti, blm pernah cuba.
FLB pro ni dah ramai yang bincangkannya cuma saya tak ingat blog mana lagi yg dah review psl program ni..
Namun demikian saya nasihatkan jika tidak yakin baik jgn masuk lagi, nanti rugi pula duit tu. Cuma usaha itu tangga kejayaan. Dan FLB pro ini bukanlah satu penipuan internet malahan anda akan dibekalkan dengan satu gayapos yang begitu baik sekali dan Insya’allah berjaya jika anda komited dengan apa yang anda lakukan..
sekian, salam kejayaan untuk semua
abby said
am May 22 2008 @ 4:26 pm
Assalamualaikum…
Ada sape2 tak leh tolong saya mcm mana nk wat bisness FLB ni. Saya dah wat pembayaran kepada en Nizam RM295 tp belum dapat lg CD ngn buku2 tu. Mcm mana yek? Saya dah email dia tp xreply pun. bz kot.Tp dia ada bg link code suh saya tukar tp saya tak paham la…..
Saya betul2 nk wat ni, tapi xtau mcm mana nk mula.
Kalo ada sape2 leh tolong ajar saya please email kan pada saya abby_geniusgirl@yahoo.com
admin said
am May 23 2008 @ 8:51 pm
W’lam cik abby. Saya akan cuba bantu setakat yang mampu. nanti saya emailkan Abby.
tq
Komen said
am May 29 2008 @ 1:47 pm
Kunci kepada flb ni adalah maklumat tentang motivasi dan teknik simpan duit yang boleh dibeli dikedai buku dengan harga RM27. Maklumat tentang bisnes gaya pos yang mana bukunya boleh dibeli dengan harga RM27. Nothing special.
Cuba untuk menarik pelanggan untuk buat urusniaga secara pos. Kalau dikaji balik pemasaran pos vs internet, internet lebih mudah dan murah.
Pengiklanan menggunakan google adword.
Folow up user guna email marketing.
Yang membuatkan program ni digilai oleh user internet kerana program affiliate nya. komisen $100 untuk 1 level dan $50 untuk level kedua.
Anis said
am June 4 2008 @ 5:47 pm
Abg Komen,
Betul ke apa yang Abg Komen kata?
Tolong beritahu saya tajuk buku yang dimaksudkan?
Penulis dia memang usahawan gayapos sejati atau…?
Setahu saya IM tersohor di barat seperti marlon sanders, Russel Brunson, Mike Filsaime menggabungkan
Mail order dgn Internet.
Kalau anda rasa gayapos ketinggalan zaman, teruskan
100% dgn internet hihihi…
admin said
am June 8 2008 @ 7:08 pm
terima kasih kerana sudi berkongsi info. Walauapapun sebenarnya tekad dan kesungguhan yang menentukan kejayaan tidak kira online atau offline.