SMS Boleh Buat Duit?
Assalamualaikum w.b.t semua.. Semoga sihat dan ceria selalu..
Nampaknya kita sudah memasuki suku tahun pertama tahun 2008. Bagaimana dengan perkembangan perniagaan anda? Saya doakan semoga apa yang telah dirancangkan telah membuahkan hasil dan jika masih belum berjaya, jgn berputus asa kerana kejayaan dalam perniagaan tidak datang dengan mudah dan ianya perlukan semangat juang dan usaha yang berterusan!
Anda pernah dengar bagaimana Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh menghasilkan pendapatan kepada anda?
Kali ini saya ingin berkongsi satu peluang perniagaan yang boleh anda bina melalui sistem SMS. Kalau kita lihat persekitaran masyarakat pada hari ini, rata-rata di antara mereka tidak mengira peringkat umur pasti memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit sebagai alat perhubungan suara dan SMS. Yang lebih menariknya, hasil kajian mendapati Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pemilikan telefon bimbit paling tinggi dan penggunaan sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga paling tinggi. Ini adalah satu peluang yang patut kita rebut!
Sebenarnya, teknologi SMS telah lebih sedekad berada di pasaran Malaysia, saban hari pasti kita terlihat iklan-iklan di majalah dan juga surat khabar menawarkan pelbagai khidmat menggunakan teknologi SMS. Tetapi, berapa ramai dari kita yang mengambil kesempatan kepada teknologi ini? Saya pasti ramai yang telah tahu mengenai peluang perniagaan ini tetapi ramai juga yang masih belum tahu bagaimana hendak memulakan Perniagaan SMS ini?
Secara umumnya, perniagaan SMS boleh dikatakan juga sebagai satu perniagaan online yang dijana melalui komputer dan internet. Jika anda adalah seorang usahawan internet, tidak menjadi masalah besar kepada anda untuk memulakan perniagaan SMS ini kerana sistem perniagaan ini adalah lebih kepada aplikasi web dan juga tidak menjadi masalah besar kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online kerana aplikasi yang disediakan adalah mesra pengguna. Analoginya, jika anda boleh dan tahu menggunakan aplikasi emel seperti Yahoo atau Gmail, anda sudah boleh memulakan perniagaan SMS! Mcm senang jer bunyi kan? Hohoho
Jom kita tengok bagaimana SMS boleh menghasilkan pendapatan pula. Perniagaan SMS secara umumnya boleh di jana melalui beberapa bidang atau aplikasi seperti berikut :
1. SMS IOD
2. SMS PAGES
3. SMS VOTE
4. SMS SUBSCRIBE
Saya cuma senaraikan 4 sahaja diatas. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi SMS yang boleh dijana bagi menghasilkan pendapatan kepada kita. Cukuplah saya katakan, jika anda berjaya menjana satu sahaja aplikasi SMS diatas, anda telah boleh tersenyum setiap hari melihat hasil pendapatan anda!
Untuk memulakan apa-apa pun kita mesti berguru kan? Begitu juga dengan Perniagaan SMS nie. Anda pernah dengar nama Irwan Dahnil? Beliau dikenali sebagai ‘Guru Perniagaan SMS’ di Malaysia dan juga merupakan sifu saya dalam perniagaan SMS nie.
Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu Perniagaan SMS yang menjanjikan satu peluang perniagaan kepada anda. Saya ingin menjemput anda semua menyertai ‘Seminar Perniagaan SMS‘ yang bakal diadakan pada 19 April ini bertempat di Quality Hotel, Kuala Lumpur.
Saya memetik kata-kata saudara Irfan Khairi - “Cara yang paling mudah untuk berjaya di internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru. Saya mengikuti jejak langkah jutawan-jutawan Internet di seleruh dunia..oleh sebab itu saya berjaya”
Sekian, Wassalam.
Salam Usahawan.
Nuwa


















































Jagung said
am April 14 2008 @ 9:00 pm
Betul.. biz melalui SMS memang berpotensi besar memandangkan jumlah SMS adalah jutaan/hari. Tapi modalnya mencecah angka ribu jugak (kalau x silap). Tu yang berat sikit tu. Pernah saya google mcmana nak buat biz SMS secara solo, tapi buntu akhirnya kerana biz ini mesti ada “gateway”.
nuwa said
am April 18 2008 @ 8:41 am
Betul tu Jagung.. SMS berpotensi besar sbg satu sumber pendapatan. Lagipun teknologi ni masih bari di Malaysia.
Untuk mulakan SMS Biz nie, modalnya sekitar 1K lebih shj, kalau Jagung serius nak mulakan biz sms nie, blh hubungi saya..Saya boleh guide jagung dan bagi jagung guanakan aplikasi sms utk percubaan dahulu..
Tq..
Keusahawanan & Perniagaan Internet » Panggilan Untuk Orang Sabah! said
am June 15 2008 @ 9:30 pm
[…] ada menulis mengenai kelebihan dan peluang menjana pendapatan melalu SMS. Anda boleh membaca di sini. Memang telah terbukti ramai mereka yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui […]
seminar perniagaan internet said
am June 23 2008 @ 11:12 pm
Sememangnya perniagaan yang mengunakan SMS sebagai medium marketing merupakan satu teknik yang berkesan lebih-lebih lagi pada masa kini handphone sudah menjadi satu keperluan.
seminar perniagaan internet’s last blog post..Seminar Perniagaan Internet