Projek Cendawan
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dan menempuh pelbagai onak duri dan ranjau berliku akhirnya projek cendawan yang kami usahakan beberapa bulan yang lalu mula mengeluarkan hasil. Syukur. Pada awal proses penanaman ini kami menghadapi masalah cendawan tidak tumbuh walaupun telah mencapai tempoh matang namun hasil dari kajian yang tak seberapa maka puncanya dapat dikenalpasti.
Permintaan yang tinggi tidak mampu dipenuhi oleh kami lantaran pada peringkat permulaan dan percubaan ini kami sekadar memasukkan bag media berisi cendawan beberapa ribu saja. Permintaan terhadap cendawan amatlah tinggi ketika ini bilamana tempahan datang bertali arus walau baru sehari memasuki pasaran. Setakat ini kami hanya mampu memasarkan area Tanah Merah saja dan bercita-cita mahu menembusi pasaran Eropah pula..
Cendawan kami juga telah mula memasuki pasaran Golok Thailand, bukan seludup secara haram tapi dikirim kepada salah seorang peraih dari sini setiap hari setelah permintaan dari sana juga tinggi. Alhamdulillah setakat ini dari segi pasaran kami tidak menghadapi masalah, mungkin faktor pengeluaran yang tak seberapa kot. Sekarang ini kami dalam proses untuk menambah pengeluaran cendawan bagi memenuhi permintaan dan juga memenuhi poket kami, hehehe. Insya’allah.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil untuk tatapan anda semua agar tidak boring membaca celoteh saya yang tak seberapa ini.
p/s: kalau ada sapa2 yang tahu macamana nak dapatkan bantuan ntuk majukan perniagaan ini bolehlah kongsi bersama ye, bantuan saja, pinjaman kami tak mahu..huhuhu..
























































Fahmishah said
am June 25 2008 @ 12:46 pm
Bila mahu eksport ke KL ?
Fahmishah’s last blog post..Fahmishah.com Sebuah Blog Porno
admin said
am June 25 2008 @ 1:33 pm
KL? Pasaran sana ok ke? mintak tolong cek..hehehe
nuwa said
am June 25 2008 @ 10:54 pm
Lepas ni kita bungkus eksport g England pulak..hehe
nuwa’s last blog post..Projek Cendawan
Che ZUl said
am July 2 2008 @ 2:59 pm
Wah en kooreen, seronoknya duk kat kampung sambil wat busines. Ni buat hati hamba berkobar-kobar nak jadi businesman jugok nie. Teruskan usaha anda dan saya doakan anda menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu masa nanti, InsyaAllah. Aminn
Che ZUl’s last blog post..The Foo Fighters
admin said
am July 3 2008 @ 11:59 am
amiin..moga2 begitulah..