Dapatkan Koleksi Grafik Terbaik 2008 dengan hanya RM20!
Powered by MaxBlogPress  

Pertanian adalah Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk post kali ini suka saya untuk membincangkan berkenaan dengan pertanian adalah perniagaan.Kepimpinan Pak Lah menumpukan kepada pertanian sebagai salah satu punca pendapatan utama. Peluang untuk menjana pendapatan melalui pertanian terbuka luas kepada sesiapa saja yang bijak merebut peluang

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber

pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;

2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan

kepelbagaian produk;

3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :

a. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan

sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;

b. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;

c. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak

5.2%; dan

d. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan

pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.

e. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah

disasarkan.

Kalau dilihat dari teras dan sasaran RMK 9, Pertanian menawarkan satu peluang perniagaan yang cukup besar selaras dengan wawasan negara yang mahu menajdikan pertanian satu perniagaan. Di tambah dengan teknologi kini dan saluran internet yang tiada had, mengapa tidak kita jadikan pertanian satu lagi punca pendapatan selain bisnes internet yang juga kian meluas di Negara kita. Namun pertanian perlukan satu komitmen dan usaha yang berterusan kerana ianya pasti suatu bidang yang cukup berisiko tetapi lumayan. Bak kata pepatah ” mana nak dapatkan sagu, jika tidak dipecahkan ruyungnya”, betul ke pepatah ni, :)

Sekian dulu artikel pasal pertanian ni, kepada sesiapa yang ada idea menarik pasal pertanian bolehlah bagi cadangan untuk kita kongsi bersama.

Terima kasih.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

3 Comments so far »

  1. ella said

    am March 28 2008 @ 5:35 pm

    :grin: tq.memudahkan keje i

  2. admin said

    am March 28 2008 @ 8:44 pm

    keja u? buat assingment ke? hehehe

  3. ampal maju said

    am July 9 2008 @ 2:16 pm

    sesiapa nak join kursus pembenihan ikan pada 23hb-24hb ogos. teori-slide dan praktikal setipa perserta. peralatan, penginapan, makanan, disediakan. sijil. untuk maklumat lanjut sila hubungi en.adib 012-2430448

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: