Kedai Online
Salam semua..
Nak bisnes apa ya kat internet ni? Agak sukar juga nak cari idea, maklumlah semua orang dah jual. Nak buat ebook, tak tahu nak buat pasal apa..nak jual kreativiti sendiri, tak ada kemahiran pula..hmm agak sukar juga.
Kali ini saya sekadar ingin berkongsi idea saja.. mungkin ada antara kita sudah tahu tapi takpelah sekadar ingin berkongsi idea dan pendapat saja.
Sering kali kita menemui jalan buntu untuk memulakan idea perniagaan internet ini. Kita takut pada persaingan. Maklumlah segala mak nenek sudah ada orang jual kat internet ni. Namun jangan jadikan itu sebagai pembunuh semangat bisnes anda. Persaingan merupakan satu pemangkin kepada kejayaan sebenarnya.
Cara yang paling mudah untuk berniaga internet ialah melihat peluang yang paling dekat dengan anda. Anda tidak perlu mahir untuk membuat produk tersebut, hanya tolong pasarkan saja di kedai internet anda. Contohnya di kampung anda ada seorang makcik tu yang amat terer buat sambal daging, apa kata anda ambil makanan tersebut dan promosikan sambal daging tersebut di kedai online anda itu. tanpa mengeluarkan kos yang banyak anda sudah mampu menjadi peniaga di internet, mudah bukan?
Lagipun rakyat Malaysia ni ramai tidak mustahil jika kena dengan pengiklanan sambal daging anda akan meletup, apatah lagi jika di bulan Ramadhan. Pelbagai lagi produk lain yang boleh dikomersilkan mengikut faktor kawasan seperti batik, lukisan dan barang-barang lain lagi.
Selamat mencuba, saya pun nak try juga satu..mana tahu laku nanti..hehehe ![]()


















































starline said
am March 30 2008 @ 3:43 pm
bagi saya kalau jual tak buat produk sendiri boleh guna affiliates program.Daftar pun free.
Kalau promote kedai sambal daging tu cadangan yang bagus.Jangan jual sambal daging online sudah la.Nanti bil a post dah basi