Adakah Anda Merekodkan Transaksi Perniagaan Anda?
Assalamualaikum w.b.t..
Post kali ni mempunyai tajuk yang agak panjang sikit
.. Kali ni saya ingin mengajak pembaca XtremeBizz menerokai mengenai kepentingan untuk merekodkan segala transaksi yang berlaku dalam sesebuah perniagaan, tak kira sama ada perniagaan kita tu berskala kecil ataupun besar..
Pertamanya, saya berpendapat kita perlu membuka satu akaun bank khas jika sekiranya kita serius dalam dunia perniagaan. Ini untuk mengelakkan segala urusan kewangan perniagaan bercampur aduk dengan duit dalam akaun peribadi. Untuk permulaan, cukuplah dengan membuka satu akaun simpanan khas untuk mengurukan transaksi perniagaan sahaja. Setahu saya, untuk membuka akaun semasa agak rumit selain banyak syarat diperlukan oleh pihak bank..

Apakah yang saya maksudkan dengan mempunyai sistem atau perisian utk menguruskan transaksi perniagaan..? Mungkin ada yg terkeliru, sebenarnya saya ingin membawa anda semua memikirkan sejenak keperluan mempunyai satu sistem atau mempunyai perisian khas dalam merekodkan setiap transaksi perniagaan yang kita jalankan. Al-maklum la..kadang-kadang kita mungkin terlupa untuk merekodkan setiap transaksi yang telah kita lakukan samada membuat pembayaran, terima bayaran dsb.. Mungkin ada yang terfikir “Aku berniaga kecil-kecil jer..tak payah nak rekod betul-betul..bukan nak audit pun..” Bagi saya, jika anda benar-benar serius dan ingin melihat perniagaan anda berkembang maju pada masa akan datang, anda hendaklah sentiasa memantau dan merekodkan setiap transaksi yang berlaku.. Barulah perniagaan anda benar-benar profesional dan kita sentiasa mendapat motivasi untuk memajukan perniagaan yang telah dijalankan.
Jika kita lihat kepada syarikat-syarikat yang berskala besar, mereka sudah pastinmya memiliki satu sistem khas bagi merekodkan setiap transaksi kewangan mereka..contohnya seperti UBS Accounting System.. Fungsi dan keupayaan perisian ni memang powerfull dan banyak digunakan oleh syarikat-syrtikat besar di Malaysia. Itu untuk syarikat berskaal besar, sudah pastinya mereka mampu untuk membeli perisian yang sudah pastinya berharga puluhan ribu ringgit nie.. Bagi mereka dan saya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan nie pula mcm mana ek??
Di sini saya berikan beberapa kelebihan @ sebab kenapa perlunya mempunyai rekod transaksi perniagaan sendiri, apatah lagi ianya teratur, kemas, lengkap dan paling penting ianya betul dari segi perakaunan.
1. Mengetahui prestasi perniagaan - Dengan adanya rekod sudah pasti anda dapat menilai prestasi terkini syarikat anda dengan betul. Ianya penting bagi mengenal pasti adakah bizz anda masih lagi perlu diteruskan ataupun bisa stop saja..
2. Mengawal aliran wang - Sudah pastinya dengan ada rekod yang betul anda akan dapat mengawal jumlah aliran wang masuk atau keluar perniagaan anda. Ini penting bagi mengelakkan terbelanja ke arah jalan yang tak betul. Kenalpasti yang mana aliran keluar untuk belanja operasi ataupun perbelanjaan modal, dua item yang berbeza.
3. Sebagai maklumat untuk pihak luar - Apa maksudnya ye?..Nak bagi orang lain tahu keuntungan syarikat kita ke? Lebih kurang begitulah. Contohnya jika anda ingin membuat pinjaman perniagaan, rekod perakaunan yang lengkap akan diambil kira oleh pihak tersebut. Ini penting untuk melihat sejauh mana syarikat anda


















































Azman said
am April 1 2008 @ 12:01 pm
kalau guna UBS mcm company besar la plak.. masalah gak nak gunanya pasal takreti.. aku ada tgk akak kat account department buat accounting pakai UBS.. pening ar..
takda software utk beginner atau small enterprise selain dari UBS ke? nak gak rekod tapi tue la mediumnye terhad plak
Azman’s last blog post..Free 30 RSS Icon Vector
starline said
am April 2 2008 @ 1:30 am
aku guna buku nak rekod transaksi dan nama customer & affiliates punya komisyen.Bila tengok buku tu rasa bersemangat sebab nampak berkembang
starline’s last blog post..Mengenal CPU : Bahagian 2
Abooain said
am April 2 2008 @ 10:02 am
Saya sepanjang 3 tahun berniaga Offline dan setahun Online, semua saya catat sama ada kemasukan atau pengeluaran wang. Nama pembeli, alamat, no hp, tarikh, produk dan semua maklumat yang berkaitan saya akan catat. Ini bagi memastikan kita mengetahui prestasi perniagaan kita, pelanggan tetap kita, jumlah wang hasil perniagaan dan sebagainya. Oleh itu catatan transaksi perniagaan saya amat penting…… tetapi tidak menggunakan sebarang perisian untuk merekodkan semua itu hanya menggunakan Excel je.
Abooain’s last blog post..INFORMATION OVERLOAD & PRODUCT OVERLOAD
Azman said
am April 3 2008 @ 4:12 pm
@starline: sistem affiliate tu mana boleh dapat? ada demo ke?
ok pada sesiapa yang ada maklumat software2 yg berguna utk merekodkan perniagaan kecil kita boleh la sebar2kan.. saya pun tengah mencari2nya..
Azman’s last blog post..Free 30 RSS Icon Vector
admin said
am April 3 2008 @ 10:28 pm
Ada..tunggu nak siapkan je..bolehlah cuba bersama nanti..hasil dr sedikit pengalaman yang ada nih..hehehe
Abooain said
am April 5 2008 @ 7:51 am
Nuwa, jangan lupa beritahu saya bila perisian tu dah siap ya….
Abooain’s last blog post..INFORMATION OVERLOAD & PRODUCT OVERLOAD
admin said
am April 5 2008 @ 9:31 am
ok..sikit je lagi nak siap..agak sibuk pulak bulan ni.
starline said
am April 13 2008 @ 7:43 pm
Pada Azman,
Sori lambat reply,saya guna post affiliate free.Saya download dari blog lelabu.
Kalau nak download kat website post affiliate pun boleh.Benda free biasa la ada kekurangan tapi untuk permulaan boleh dijadikan program affiliates.Saya cadangkan kalau nak lebih bagus dan banyak function guna post affiliates yang berbayar.
Harap membantu
starline’s last blog post..Mengenal CPU : Bahagian 2
admin said
am April 14 2008 @ 10:27 am
info yg menarik..tq starline