Suatu Ketentuan
Dalam pada kita sibuk mencari rezeki, tidak kiralah secara online atau offline, apakata kita renung sejenak mengapa dan apa hikmah ke atas setiap ketentuanNya. Kita ditakdirkan hidup senang pasti ada hikmahnya dan jika ditakdirkan susah sekalipun pasti juga ada lebihnya.
Pelbagai karenah dan cara masing-masing lakukan untuk mencari sesuap nasi. Pada yang bernasib baik duduk depan komputer tekan satu dua butang dah dapat 4-5 angka sebulan. Dan yang berhempas pulas 24 jam membanting tulang masih lagi tak mampu nak beli nasi nak sara sekeluarga. Hidup ini memang pelik.
Ada orang suka menunggu rezeki turun dari langit, ada orang suka bergantung rezeki pada nasib (no.ekor la tu), ada orang bijak mencari rezeki dengan kelebihan yang ada dan ada juga yang suka merampas rezeki orang lain.
Kadang-kadang kerana tewas dalam pencarian rezeki lalu kita kecewa dan tak mahu lagi meneruskan usaha. Kenapa tidak cari saja apakah punca kegagalan kita itu dan perbetulkannya? Memang lumrah manusia, apabila gagal mulalah mencari sesuatu untuk dipersalahkan. Kita salahkan orang sekeliling kita. Kita tidak sedar orang yang paling patut disalahkan adalah diri kita sendiri sebenarnya. Kita terlupa bahawa satu-satu pihak yang berkuasa penuh memikul amanah dari Tuhan adalah diri kita sendiri.
Usaha tangga kejayaan!!
Sekian untuk panduan dan renungan bersama.


















































wanwma said
am March 15 2008 @ 11:38 pm
Allah sukakan hambanya yang suka merenung dan memuhasabah diri
zuhairy said
am March 16 2008 @ 1:10 am
saya pernah dengar kata2 dari seseorang, “rezeki kita ni ada macam2 jenis. ibarat memetik buah di tangkainya. Ada yang perlu dipetik begitu je, ada yang kena panjat, ada juga yang perlu dikait. Yang penting setiap kita yang dijadikan, dah ada rezeki yang ditentukan. cuma kena usaha untuk mencarinya…
admin said
am March 16 2008 @ 9:54 am
Ya..sama2 kita jadikan panduan semoga tak lalai dengan dunia.