Selalukah kita BerDOA?
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Adakah anda sudah berdoa kepada Yang Maha Esa hari ini? Bilakah kali terakhir anda berdoa? Umumnya manusia akan berdoa agar ditunaikan segala yang dihajati..
Persoalan yang ingin saya kongsikan kat sini ialah sejauh mana kita semua mampu menzahirkan permintaan melalui doa supaya ia lebih jelas dan objektif. Kita semua mahukan kejayaan sebagai seorang Usahawan Internet! Kejayaan bagaimana yang diinginkan kerana kejayaan itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin kerana itu kita masih belum berjaya dalam bidang yang diceburi kerana kita gagal visualkan kejayaan bagaimana yang kita idamkan..
Mahu jadi jutawan seperti Irfan Khairi atau Jutawan Hartanah seperi Donald Trump? Bila kita gagal mengobjektifkan permintaan atau doa kita, maka sukarlah untuk ia menjadi kenyataan kerana kita gagal untuk mengambil langkah pro aktif ke arahnya dan langsung gagal bermula langkah yang hendak diambil..
Sebagai contoh, kita pastinya sentiasa berangan-angan hendakkan duit yang melimpah ruah. Namun banyak mana yang kita mahu? Bagi sesetengah orang Rm2 Rm50 ribu sudah teramat banyak. Anda bagaimana? RM 1 juta? Jika RM 1 juta yang anda mahukan, nyatakan! “Ya Allah, Ya Tuhanku.. kembangkan perniagaan aku sehingga aku memperolehi RM 1 juta..” Tampalkan cek bernilai RM 1 juta di depan cermin, di pejabat kerana selagi kita percaya kepada kuasa minda kita kerana duit di dunia ini tiada bertuan. Ia akan pergi kepada mereka yang meminta dan sentiasa berusaha. Jika kita yakin kita akan memilikinya, maka ia akan jadi milik kita..
Untuk mengecapi kejayaan dalam perniagaan, loronglah diri agar mesra dengan ilmu-ilmu perniagaan, tidak mudah mengalah dengan dugaan. Yang perlu ada dalam fikiran hanya yang POSITIF. Buangkan segala perkara dan tanggapan yang negatif yang hanya akan memundurkan kita. InsyaAllah, kita semua akan terus maju!
“Berjaya atau Gagal, adalah 2 pilihan yang betul dan terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana satu”
Sekian, sekadar berkongsi untuk diri sendiri dan pembaca semua.. ![]()


















































hawee said
am March 19 2008 @ 10:13 am
betul sekali saudaraku…sekeras apapun kita bekerja tanpa di iringi doa kepada Allah SWT rasanya sia-sia, walaupun didapat hasil yang memuaskan tidak dapat manfaatnya.
admin said
am March 19 2008 @ 12:25 pm
ya Hawee..imbangi dunia akhirat, rezeki berkat
titan said
am March 19 2008 @ 7:25 pm
JIka kita solat. Memangla kita berdoa kan?
Tapi sekarang, ramai orang berdoa. Tapi tak solat. camana tu.. 
nuwa said
am March 19 2008 @ 11:57 pm
hehe.. mmg betul titan.. ramai yg berdoa tapi x solat walhal kunci utk doa dimakbulkan adalah melalui solat.. Kita sentiasa meminta-minta dariNya sedangkan suruhanNya langsung tidak diendahkan..
bizmalaya said
am March 20 2008 @ 12:54 am
betul kata u…setinggi mana kita berjaya , serendah-rendahnya kejayaan itu tanpa keredhaanNya
wanwma said
am March 20 2008 @ 8:19 am
Doa tu selalu jugak, tapi khusyuk semasa doa memang jarang sangat!
newacx said
am March 23 2008 @ 2:50 pm
Sayang sekali, saya jarang berdoa untuk kejayaan dalam peperiksaan. Agaknya kalo berdoa untuk orang lain, kita dapat tak manfaatnya sekali? harapnya begitu.
Jagung said
am March 24 2008 @ 10:16 pm
jika mahu doa cepat terkabul pastikan makanan dari sumber yang halal, jauhi maksiat, dan sentiasa berdoa tak kira dalam susah @ senang. kita sering berharap agar tuhan terima doa kita, tapi adakah kita menerima tanpa mengeluh apa yang tuhan takdirkan untuk kita?
starline said
am March 25 2008 @ 1:21 am
Jangan hanya berdoa sahaja.Usaha pun kena ada baru lah betul.Kena ikhtiar dahulu dan berdoa.InsyaAllah,berjaya.