Perbezaan Peniaga vs Usahawan
Sekadar berkongsi info di zaman harga barang yang melambung-lambung ini. Dipaparkan bagaimana ciri2 seorang peniaga berbanding usahawan.
situasi 1 - tidak mendapat ruang perniagaan
peniaga = akan menjadikan masalah itu berat.
usahawan = akan mengusahakan atau mencipta ruang niaga alternatif.
situasi 2 - produk kurang laris
peniaga = mereka akan menyalahkan lokasi @ kuasa beli pelanggan yang rendah.
usahawan = mereka akan kaji kekuatan @ kelemahan produk dan cuba menyerlahkan produk.
situasi 3 - lokasi kurang strategik
peniaga = mereka akan sedih & merungut dan mencari jalan untuk berpindah.
usahawan = segera membuat kajian dan mencari jalan agar lokasi tersebut boleh diserlahkan.
situasi 4 - apabila bisnes gagal
peniaga = rasa gelap masa depan
usahawan = Dia merasa juga kecewa tapi segera mengkaji di mana silapnya.
Itulah serba sedikit tips bagaimana menjadi seorang usahawan ataupun menjadi seorang peniaga. Sebenarnya banyak lagi ciri2 yang boleh membezakan antara seorang usahawan dengan peniaga. Bila dah menceburi bidang bisnes ni, pasti mereka sendiri lebih mengetahui apa yang perlu ada untuk mencapai kejayaan. Dan kejayaan yang paling berharga ialah kejayaan di hari akhirat. Walau apapun anda nak jadi, jadilah diri anda.
Semoga anda ceria selalu dan berjaya walaupun menghadapi krisis kenaikan harga petrol yang semakin serasi dalam diri kita dan kita semakin melupakannya. Kita makin redha. Begitulah orang kita. Hangat2 sekejap saja, bila dah biasa…jadilah ianya biasa dan bila petrol naik lagi proses ini akan berulang dan berulang.. ![]()


















































titan said
am July 31 2008 @ 6:04 pm
sebab tu aku suka keje sendiri. Hehe..
titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan BuyBlogReviews
wan wma said
am August 1 2008 @ 8:51 am
usahawan melahirkan variasi dalam perniagaannya, peniaga hanya menjual