Kisah Dan Tauladan
Untuk artikel hari ni, saya ingin berkongsi satu kisah yang amat menarik yang boleh dijadikan panduan untuk renungan kita bersama dalam mengejar kejayaan. Walaupun lari sikit dari skop blog ni tapi saya rasa bolehlah kita jadikan panduan.
Diceritakan oleh Rabiah:
“ Sayalah yang menguruskan segala barang-barang keperluan untuk kegunaan Nabi pada waktu malam. Saya akan meneyediakan air, pesugi, sejadah dan lain-lain untuk Nabi mendirikan Tahjjudnya. Pada suatu ketika, kerana mengenangkan perkhidmatan saya yang memuaskan, Baginda bertanya’ Apakah yang kamu sangat-sangat ingin?! Saya menjawab: ‘Ya Rasullah, saya ingin bersama-sama dengan tuan dalam syurga’. Mendegar jawapan saya ini Baginda bertanya lagi: ‘ Selain dari itu?’. Jawab saya: ‘ Itulah saja yang menjadi idaman saya’. Akhirnya Baginda berkata: ‘Baiklah, kamu mesti menolong aku dengan sering bersujud kepada Allah.’
Kisah di atas mengandungi pelajaran yang amat penting bagi kita umat Islam. Cita-cita yang ingin dicapai sudah tentu tidak akan tercapai dengan hanya berdoa atau minta-minta kepada Allah sahaja. Doa harus diikuti dengan amal perbuatan dan sebaik-baik amal perbuatan adalah sembahyang. Sudahkah anda sembahyang? Hehehe..pergilah sembahyang dulu.
Kejayaan, sama ada bersifat duniawi ataupun ukhrowi hanya akan dapat dicapai dengan usaha. Selepas usaha berdoalah kepada tuhan.


















































nuwa said
am February 20 2008 @ 9:19 am
best post ko reen..betul tu, setiap usaha mesti ada tawakkal kepada-Nya.. kita kena sentiasa menunaikan kewajipan sbg hamba-Nya..jangan hanya terlalu tertumpu kepada mencari kekayaan semata-mata..
Adios..