Christopher Gardner
Semalam habis kerja dalam pukul 1.00am, terus on TV. Kebetulan pulak dengan cerita yang saya tak sempat habiskan sebelah petangnya iaitu The Pursuit of Happyness.
Cerita benar yang digarap dari liku-liku hidup Christoper Gardner ini dilakonkan baik oleh Will Smith dan anaknya dalam filem tersebut. Saya kira cerita ni dah lama disiarkan di tv cuma semalam baru saya berkesempatan menontonnya.
Secara ringkasnya Chris Gardner merupakan agen jualan alat pengimbas kemampatan tulang. Beliau menjalankan rutin itu setiap hari. Malangnya beliau agak sukar untuk membuat jualan alat tersebut sedangkan beliau terpaksa membayar rumah sewa dan juga yuran nursery anaknya. Setiap hari pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh beliau dalam mencari pelanggan.
Malang bertimpa ke atas beliau apabila ditinggalkan pula oleh isterinya kerana sudah tak mampu untuk menanggung kesusahan yang dialami oleh mereka. Tinggalah Chris dan anaknya dirumah yang disewa mereka.
Kerenah manusia, mesin pengimbangnya dicuri, kawan yang tak jujur dan pelbagai lagi rintangan yang terpaksa ditempuhi Chris setiap hari. Paling menyedihkan apabila kedua beranak tersebut terpaksa bermalam di dalam tandas di Stesen LRT apabila mereka berdua dihalau keluar dari rumah. Juga berebut untuk mendapatkan tempat bermalam di hostel kebajikan dengan beribu-ribu lagi mereka yang bernasib sama seperti dirinya.
Pernah ‘menjual’ darahnya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membaiki mesin pengimbasnya yang rosak untuk dijual semula.
Kehidupannya berubah apabila bertemu dengan Jay, pemilik broker saham terkemuka masa itu, Dean Witter Reynolds . Jay kagum dengan Chris yang mampu menyelesaikan permainan Bongkah (tak tahu nama apa permainan yg susun2 kaler tu). Namun rintangan tidak berkesudahan apabila beliau dipilih untuk menjadi pelatih di situ dengan 6 bulan tanpa gaji ditambah hidupnya yang kian berliku dibelenggu kesusahan hidup. Pernah tidur dilokap kerana tak mampu membayar saman parking.
Untuk menyaksikan sendiri kisah-kisah sedih sebelum berjaya saksikanlah filem lakonan Will Smith ini, penuh dengan motivasi. Autobiography beliau telah menjadi bestseller#1 di New York Times dan Washington Post dan telah diterjemah kepada 14 bahasa.
Christoper Gardner kini merupakan pemilik dan CEO Christopher Gardner International Holdings berpejabat di New York.
Kesungguhan Christoper mengharungi kehidupan beliau yang berliku patut dijadikan motivasi kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan. Bagi saya, menonton kisah hidup beliau agak menarik tanpa ada adegan-adegan yang boleh melalaikan kita malah memberikan kekuatan kepada saya. Jom layan.. ![]()


















































Mohd Ismail said
am May 1 2008 @ 2:00 am
cerita ni mmg best =) bg 5 bintang tanpa ragu.. jadi inspirasi utk berjaya..
cewah!
Mohd Ismail’s last blog post..Berapakah gaji seorang LELAKI yang sepatutnya?
admin said
am May 2 2008 @ 8:38 pm
ya..saya setuju ngan mail..memang best..