Portal Pengiklanan Percuma Khas Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress  

Meriahnya Pilihanraya..

Apa Khabar semua..

Semoga sihat-sihat selalu hendaknya.. Kali ni jom kita bicarakan pasal pilihanraya ke 12 yang semakin panas terasa sekarang nie. Alhamdulillah, hari penamaan calon telah berlangsung dalam suasana yang aman damai semalam (24 feb 2008). Kita seharusnya bersyukur.. Malaysia adalah negara yang aman damai jika dibandingkan dengan negara luar, pasti pelbagai perkara yang tidak diingini telah berlaku..

Perang poster juga telah bermula sejak semalam lagi! Kiri kanan jalan penuh dengan warna warni. Hijau-Biru & kadang-kadang Merah! Ahli-ahli parti politik pula begitu sibuk mengatur strategi untuk memancing undi..

Apa yang menarik perhatian saya adalah salah seorang calon yang bertanding kali ini berumur 89 tahun!! Memang steady betul nenek nie. Beliau merupakan calon BEBAS yang bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Lawan beliau adalah Datuk Razali Ismail dari BARISAN NASIONAL dan Mohd Sabu dari PAS. Hari ni pula, beliau sudah mula menjalankan kempen beliau berbasikal keseluruh kampung berjumpa dengan bakal-bakal pengundinya.. Syabas Tok.. Semangat juang Tok begitu tinggi! Namun yang cu musykilkan macamanaTok nak berkhidmat pada rakyat nanti, Tok sendiri pun terima wang JKM..apahal pun Semoga Tok berjaya ngan misi Tok tu nanti..hehehe. Bab kata orang bercinta, usia bukanlah penghalangnya.

Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh nenek89 itu boleh dijadikan sumber motivasi kepada usahawan-usahawan  dalam menjalankan perniagaan. Bagi saya sendiri, merasa amat kagum dengan usaha dan semangat yang dimilikinya. Mungkin orang lain seusianya tidak lagi memikirkan tentang parti nie.. Berehat bersama anak cucu kat rumah jer kot, sambil gulung daun sireh..hehe

Adakah nenek89 nie bakal menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu? Sama-sama kita tunggu keputusan 8 Mac ini..

calon bebas KT

Sekian..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

3 Comments so far »

  1. saiful said

    am February 27 2008 @ 2:09 pm

    Dh sama umur ngan nenek aku nie! Tapi nenek aku lepak umah jer..hehe

  2. Wan said

    am February 27 2008 @ 11:43 pm

    :mrgreen: Oh mudenyer nak jadi ahli parlimen..waktu tue2 dulu demo duk wat gape?

  3. nuwa said

    am February 28 2008 @ 8:38 am

    Masa muda-muda dulu tok sibuk jago anok laa.. sekarang time mcm nie baru tok free kit.. hehe.. :lol:

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: