Petrol naik lagi dan lagi dan lagi….
Sudah pasti ramai yang masih merunggut pasal kenaikan harga minyak yang agak mendadak 2 3 hari lepas. Mana-mana saja tempat baik di kedai2 kopi, lobi2 hotel, atas2 tangga rumah hatta ke ceruk2 hutan mana sekalipun rakyat Malaysia masih lagi memperkatakan pasal isu hangat ini. Apa tidaknya kenaikan 78sen seliter ini adalah sesuatu yang cukup besar bagi golongan yang berpendapatan sederhana ataupun golongan miskin termasuklah saya sendiri.
Namun apa yang kita mampu buat hanyalah menerimanya dengan keterpaksaan walaupun hakikatnya kini kita telahpun dilanda dengan bebanan kewangan yang kian meruncing. Kita di sini lebih mengfokuskan kepada diri saya sendiri sebenarnya yang kini sudah pun berkira-kira untuk menunggang saja motosikal ke pejabat. Sepertikata seorang pakar ekonomi semalam, isu kenaikan harga minyak ini bakal menghasilkan lebih banyak golongan marhaen.
Masih belum reda dengan kenaikan harga beras yang melambung, rakyat kini pula akan berhadapan dengan kenaikan tariff elektrik yang mungkin mencecah sehingga 30% kenaikan. Sebenarnya saya bukanlah seorang pakar ekonomi untuk mengulas isu kenaikan demi kenaikan harga minyak dan diesel ini, namun sebagai rakyat yang menumpang di negara pengeluar minyak ini kadang-kadang keliru juga mengapa kita terpaksa menanggung kos kenaikan minyak ini sedangkan negara pengeluar lain seperti Nigeria, Iran ataupun Brunei sendiri masih mampu memberikan harga yang istimewa kepada rakyat mereka. Ntahla, saya kurang arif.
Atau mungkin kita terpaksa ubah cara hidup kembali ke era zaman 60-70an? Berbasikal ke ofis, makan ubi kayu, masak dengan kayu api dan segala macam lagi yang mungkin sukar untuk dilaksanakan namun senang untuk dikatakan. Yang senang akhirnya mereka yang sudah senang lenang bak kata kumpulan FTG ” orang kaya makin kaya, orang miskin naik intrakota”.
Anda boleh baca luahan demi luahan di sini ataupun di sini juga di sini..Sana sinilah pendek kata.

















































Mohd Ismail said
am June 8 2008 @ 6:50 pm
ko siap beli motor lagi.. hehe =) byk2 la bersabar ye.. ni tgh kecoh2 barang keperluan semua da naik.. hampess tul!
Mohd Ismail’s last blog post..Mulakan blog dengan Wordpress: Bahagian 2
admin said
am June 8 2008 @ 7:05 pm
ye bro..rumah aku ngan opis sekitar 15km. Kereta aku tu jenis cekik darah.Takat RM300-400 sebulah tu main2 je dia telan..
wan wma said
am June 9 2008 @ 12:22 am
RM4 = 1.4 liter patrol. Berapa banyak 1.4 liter? Kurang sikit dari air mineral botol besar, 1.5 liter…adui…
admin said
am June 9 2008 @ 10:17 am
ntah la..kita hanya mampu meratapi dan terus meratapi..mengeluh dan terus mengeluh..lama2 nanti kita akan lupa dan masa tu minyak akan naik lagi dan kita hanya mampu buat perkara yg sama..dan sama
KNizam said
am June 10 2008 @ 12:24 am
aku dah siap kena sawan petrol. hehe
KNizam’s last blog post..EURO 2008 - Romania vs France @ 2320hrs & Holland vs Italy @ 0215hrs
admin said
am June 10 2008 @ 10:28 am
sawan petrol? bahaya tu..baik gi berubat cepat..
Keusahawanan & Perniagaan Internet » Kaya No.1 said
am July 7 2008 @ 12:08 pm
[…] ini. Kes-kes berprofil tinggi ini yang membabitkan golongan atasan ini semakin menenggelamkan isu kenaikan harga petrol yang pernah mengemparkan rakyat malaysia 2 3 minggu lepas. Dan sebagai salah seorang rakyat […]