Semangat Yang Hilang
Demam PRU 12 semakin kebah nampaknya. Bolehlah tumpukan pada bisnes pulak. Saya sendiri juga kurang menumpukan pada bizz memandangkan terlalu exited dengan pilihanraya baru-baru ni. Tok Maimun pun mungkin dah lupa pada PRU 12 dan beliau mungkin teruskan aktiviti beliau menjual kain agaknya.
Menceburi Bisnes Online ini juga perlukan satu minat dan semangat yang tinggi. Anda juga pasti pernah menempuhi zaman-zaman malap dalam meneruskan bidang ni. Dengan kekangan masa kerja di pejabat, masalah rumah, letih, layan karenah anak-anak pasti akan membuatkan kita menjadi semakin malas untuk mengadap PC. Dan di saat itu motivasi diri semakin merundum. Jika tidak di bendung pasti boleh menyebabkan kegilaan kita pada dunia internet ini turut tenggelam bersama semangat yang hilang.
Dan pada pandangan peribadi saya, salah satu cara untuk mengelakkan minat kita dalam dunia online ni terus terkubur begitu saja ialah dengan mencari seorang rakan kongsi dan yang paling bagus adalah orang yang paling rapat dengan anda. Mengapa? Kerana jika salah sorang dah nampak macam tak berapa bersemangat, yang sorang lagi tu bolehlah ketuk-ketuk sikit bagi sedar sikit. Secara ringkasnya ialah saling bantu membantu antara sesama. Tapi jangan gaduh-gaduh sudah.
Dan satu lagi cara untuk releasekan tension dan bagi semangat kembali menyinar ialah layan saja info-info menarik ni haa..rilek la sejenak ye tak? Layan……
1. Kucing boleh dengar ultrasound namun kucing tak la pula kenal ultraman.
2. Pada suhu 40%c seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dan pada suhu yang lebih tinggi seseorang juga boleh hilang tahap kesabaran beliau, baik cepat lari.
3. Purata orang ketawa ialah 15 kali sehari dan orang yang ketawa depan orang yang sedang sakit gigi boleh kena penampar 15 kali. Try test tengok.
4. Mamalia terkecil di dunia adalah sejens kelawar di thailand yang dianggarkan seberat duit syiling 1 sen dan baju kelawar pula dipakai oleh Mama Alia yang masih kecil yang masih tak kenal pun duit 1 sen.
5. 0.3% kemalangan jalanraya di canada membabitkan rusa dan yang pastinya 0.3% rusa yang malang adalah rusa di Canada.
Bagaimana? Dah rasa ok sikit? Tak lagi? Takpelah cuba bawak-bawak berehat dulu dan lain kali saya bagi lagi info-info best sambil-sambil kita meneruskan perjuangan kita dalam dunia bizz ini. Salam kejayaan.

















































