NOKIA N800 Untuk Pelayar Internet Tegar
Untuk pelayar internet tegar, yang sudah sampai tahap tak boleh berpisah dengan internet, ini ada berita baik untuk anda. Nokia telah mengeluarkan satu lagi gajet menarik untuk anda-N800.
Nokia yang terkenal dengan rangkaian model telefonnya kini meluaskan produknya kepada Tablet Internet. Tablet Internet Nokia N800 adalah sambungan daripada version yang dulu, N770. N800 dikhususkan kepada pelayar internet yang selalu bergerak dan untuk IM-IM semua produk ini amatlah sesuai untuk anda walaupun di mana jua anda berada. Ianya dibuat khas untuk untuk melayari web saja tanpa memiliki ciri asas untuk membuat panggilan.
Bagaimanapun ianya dilengkapi fungsi suara di atas protokol Internet (VolP) yang boleh digunakan secara berkesan. Dari bawak laptop ke hulu hilir, try bawak pulak N800 nih, kewibawaan anda makin terselah. Laman web boleh diakses kepada sambungan WiFi bersepadu atau Bluetooth pada telefon mudah alih.
Ciri menarik lain pula ialah ianya dilengkapi kamera video berprestasi tinggi dengan skrin lebar warna 65k dan resolusi 800 x 480 dan boleh ditonton dengan baik walaupun di bawah pancaran sang mentari. Tak lupa juga pada kaki-kaki muzik tu N800 turut dilengkapi dengan ciri hiburan bertenaga. Bateri pula tahan untuk 4 jam sekali cas.
Sila dapatkan satu di kedai-kedai berhampiran..


















































zool said
am March 22 2008 @ 10:45 pm
Pergh.. Tengok pun geram …
Bila agaknya nak mampu pakai…
Wargh…
admin said
am March 22 2008 @ 11:33 pm
hehehe memang cantik pun..saya pun berkenan..harga pasti ribu2 nih..
newacx said
am March 23 2008 @ 2:52 pm
Nampak gayanya macam tetap xpuas walaupun dapat layari internet. Lagipun, jika nokia yang buat, tak dijamin ia berkualiti tinggi dari segi penyampaian ke media tu sendiri. I prefer tablet PC.
wanwma said
am March 24 2008 @ 12:07 am
saya nak beli gak satu benda alah ni!
dauz said
am March 24 2008 @ 9:04 pm
Mungkin ini boleh dijadikan alternatif selain kita menggunakan laptop…tapi saya prefer pilih laptop..senang lagi..luas mata memandang
admin said
am March 24 2008 @ 9:40 pm
betul tu dauz..yang ni sebagai alternatif dan nak bergaya bolehlah..mahu rabun bijik mata guna tablet N800 ni lama2..
irwan.dahnil said
am March 25 2008 @ 7:19 pm
Heheh.. tak puas mata memandang..
Han said
am March 27 2008 @ 10:55 pm
lawa HP n800 ni…
tapi saya nak beli n95…
saya nak tanya ok tak n95 ni?
boleh buka web juga kan…
han
admin said
am March 28 2008 @ 12:10 am
tak arif la pulak saya..saya guna N70 je..rasanya boleh. view je kat nokia.com..rasa2 ada.
nuwa said
am March 28 2008 @ 12:14 am
kalau han nk beli n95 mmg sgt2 saya syorkan.. very powerfull hp dari nokia..
tapi hati2 dgn n95 klon yg terlampau byk skrg nie..kebanyakkn adalah dari china.. member saya dh terkena.. mmg xubah seperti original..
kalau nk beli hp mahal2 mcm n95 nie, saya cadanghkn han beli kat authorised dealer.. lebih selamat utk jangka masa pjg..