Dapatkan Koleksi Grafik Terbaik 2008 dengan hanya RM20!
Powered by MaxBlogPress  

Salam Aidilfitri 1429 Hijrah

Assalamualikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah… hari ni, Jumaat 26 Ramadhan 1429 Hijrah kita selamat menunaikan ibadah berpuasa hari yang ke 26. Ramadhan Al-Mubarak nampaknya semakin hari semakin meninggalkan kita. Syahdu pula rasanya.. Berakhirnya Ramadhan maknanya kita bakal merayakan hari kemenangan pada 1 Syawal yang bakal muncul tak lama lagi.. Sama-sama kita doakan semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat menikmati lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.. InsyaAllah..

Alhamdulillah juga..akhirnya server Netkl telah berjaya diperbaiki dan blog kesayangan saya kembali bernafas di dunia online nie.. Namun, beberapa post terakhir saya telah hilang & tidak dapat diselamatkan di blog ini.. Menurut Netkl, pihak mereka mengalami masalah teknikal pada server mereka dan mengakibatkan kebanyakkan web-web saya yang di hostkan di Netkl gagal berfungsi. Walaubagaimanpun, masalah ini telah diatasi dan harap-harap tidak lagi berulang.. :smile:

Syawal bakal menjelang tak lama lagi..saya pasti sudah ramai yang kini berada dalam ‘mood raya‘ dan kebanyakkan perantau-perantau sudah pun memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi merayakan Aidilfitri nanti.. Jangan lupa, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum bertolak pulang. InsyaAllah, jika tak ada aral melintang..saya pun akan bertolak pulang ke kampung esok pagi.. tak sabar2 dah rasanya nak raya! :razz:

Sempena Aidilfitri kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan IM dan juga pengunjung blog ini.. Semoga kita semakin bersemangat menjana pendapatan online selepas balik raya nanti! Hohoho..

Akhir kata.. Semoga Berbahagia di Hari Raya nanti.. :mrgreen:



::Kad Ucapan Raya Percuma

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

6 Comments so far »

  1. Abooain said

    am September 27 2008 @ 6:14 am

    Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin.

    Selamat balik ke kampung dan berhati-hati di jalan raya…. :D
    Abooain’s last blog post..SALAM IDILFITRI, MAAF, ZAHIR & BATIN!

  2. reen said

    am September 28 2008 @ 9:53 am

    selamat hari raya buat semua..maaf zahir batin. semoga raya tahun ini bertambah ceria hendaknya.

  3. farahaznil said

    am September 29 2008 @ 8:04 am

    rayo..rayo..den pun nak rayo..rayo dgn buku jo thn ni..hi hi hi… :grin:
    farahaznil’s last blog post..Aku dan Ramadhan…

  4. appleblogger said

    am October 8 2008 @ 2:28 am

    selamat hari raya. maaf zahir dan batin. :wink:
    appleblogger’s last blog post..Bux Trends

  5. reddebt said

    am October 19 2008 @ 11:08 pm

    benar. masih belum terlambat lagi rasanya. :)

    so, nak wish. selamat hari raya aidilfitri! :mrgreen:
    reddebt’s last blog post..What do you know about Sleep Debt?

  6. nuwa said

    am October 22 2008 @ 2:48 pm

    yup…selamat hari raya semua.. :mrgreen:
    nuwa’s last blog post..MLM- Rafa Green

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: