Anda Mahu Memiliki Blog Sendiri? Ketahui Caranya Disini..
Powered by MaxBlogPress  
http://www.ebukupanduan.com/rahsiainternet

Archive for Artikel

NIKE CAMPAIGN

                           

Dua tiga hari lepas saya ada terima email dari Nike katanya. Cik Natasya namanya. Beliau ingin membuat kempen untuk promosi bolasepak tempatan di bawah tajaan Nike. Beliau berminat untuk meletak banner di blog bola hampeh saya. Rasa teruja pun ada sebab bukan calang-calang jenama tu berminat nak meletak iklan mereka.

Cik Natasya ni bertanyakan berapa rate sebulan saya charge untuk letak banner kempen tersebut, rasa macam best la pulak, belum ada dalam perancangan pun nak jadikan blog tu tempat iklan namun inilah kuasa internet, benda-benda yang kita tak duga boleh berlaku dan tak pasal-pasal dapat income lagi walaupun kecil-kecilan, bolehlah buat beli kad prepaid untuk sebulan.

Mengikut cik Natasya ni lagi, pihak Nike juga akan bagi hadiah iaitu sepasang kasut bola dan jersi Nike jika projek ni berjaya dan harap2 berjaya lah, bolehlah nanti saya melaram dengan boot baru tu nanti depan kawan-kawan..

Namun demikian nak berharap sangat tu takdelah kerana perkara ni betul ke tidak atau jadi ke tak jadi tak tahu lagi masih dalam proses perbincangan dan kalau jadi alhamdulillah kerana di samping dapat tajaan nike tu dapatlah juga saya membantu kempen bolasepak tempatan walaupun saya bukanlah peminat tegar bolasepak Malaysia tapi rasa sayang akan bolasepak negara kita ini tetap tebal. Malaysia vs Chelsea saya tetap sokong Malaysia tetapi jika Malaysia vs Real M pasti saya akan sokong Real M..hehehe..

Oklah ye setakat tu dulu. Majulah sukan untuk Malaysia. Malaysia boleh!!

p/s: lampiran email dari cik Natasya (ntah betul atau tidak atau cik Natasya ni saja2 je nak main2 :lol: )

Hello,

I am from the media agency who is representing Nike and I would like to
discuss with you on a possible blog campaign with Nike, for our local
Malaysian football team.
It’s a great opportunity for you and Nike will sponsor you with football
boots
and jersey for your participation.

Please call me 017 *** ***3 if you are reen.

Thank you

 

 

 

 
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kaya No.1

Dalam paper kini banyak memaparkan isu-isu yang agak hangat dan pasti sedang panas dikatakan oleh seluruh rakyat Malaysia di serata pelusuk tanahair yang kita cintai ini. Kes-kes berprofil tinggi ini yang membabitkan golongan atasan ini semakin menenggelamkan isu kenaikan harga petrol yang pernah mengemparkan rakyat malaysia 2 3 minggu lepas. Dan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang melayu (mudah lupa) saya juga tidak terlepas untuk mula melupakan kenaikan harga petrol tersebut dan cuba untuk hidup seperti biasa, seperti kenaikan harga minyak ini tak pernah berlaku dan seolah2 tak menjejaskan kehidupan harian walaupun ia sebenarnya telah memberi kesan secara langsung kepada kuasa beli saya. Saya mudah lupa. Lagipun kerajaan kita bijak dalam menangani kes2 begini dengan pemberian rebat minyak dan lain-lain lagi. Terima kasih kerajaan. :lol:

Namun intro yang panjang berjela itu bukanlah isu utama dalam penulisan saya ini, yang saya nak katakan ialah dalam ketika baca paper semalam saya terjumpalah artikel yang membicarakan tentang kekayaan mamat yang bernama Bill Gates ini. Untuk tidak membuang masa membaca coretan yang panjang jadi saya lampirkan fakta-fakta penting pasal Bill Gates ini yang pastinya walau harga minyak melambung tinggi, mamat ni tak terjejas langsung dan tak perlu beli motosikal pun bagi menjimatkan perbelanjaan harian beliau. Baca selanjutnya:

Bill Gates

1. Berusia 52 tahun

2. Mengasaskan Micrososft bersama Paul Allen pada tahun 1975.

3. Sistem pengaendalian Microsoft menguasai 90% daripada 1 billion PC seluruh dunia.

4. Cuba membeli Yahoo dengan harga RM160 billion tetapi gagal.

5. Pendapatan Microsoft 1/3 dari peruntukan Malaysia untuk RMK-9

6. Keuntungan Microsoft untuk tahun 2007 RM57.6 billion melebihi semua kekayaan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia termasuk xtremebizz sendiri.

7. Nilai kekayaan peribadi beliau kini mencecah RM163 billion

8. Pada tahun 1998 kekayaan beliau telah diukur sebanyak RM960 sesaat.

9. Kekayaannya melebihi KDNK semua negara di benua Afrika tidak termasuk Afrika Selatan.

10. Menubuhkan yayasan Bill & Melinda Gates dengan dana terkumpul (terbesar) sebanyak RM88 billion.

Namun semua kekayaan itu tidak dipandang oleh Allah S.W.T kecualilah beliau memeluk Islam dan membuat sedekah jariah danmenderma ke jalan yang diredhai. sekian. :lol:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Sudah sampai 29

Detik 06/07 maka genaplah usia saya kepada 29. Sudah agak tua sebenarnya jika nak dibandingkan dengan pemain-pemain bolasepak Eropah, mereka sekitar 18 - 26 tahun sudah matang dalam dunia bolasepak.

Alhamdulillah syukur banyak2 kepada Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas di muka buminya ini beserta dengan nikmat2nya yang mencurah-curah tak henti-henti. Alhamdulillah.

Di angka 29 ni, dengan kemurahan rezeki dari Ilahi saya sudah mempunyai sepasang cahaya mata yang cantik (pada pandangan saya ler), dan juga seorang isteri saja setakat ini :lol: . Kini saya menetap di rumah sendiri di kampung yang telah dibina sekitar akhir tahun 2006 hasil titik peluh pihak bank dan juga sebuah kereta pinjam untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana walaupun kereta itu banyak tak bergerak pun lantaran krisis minyak yang melanda negara. Saya lebih gemar menunggang motosikal saja walaupun ianya sebuah motosikal yang buruk, kerajaan suruh bersederhana.

anak gadis saya: nurin auni syafiqah

Banyak lagi impian saya yang masih belum digapai menjelang angka 29 dan insya’allah saya akan terus berusaha demi mencapai apa yang diidamkan. Impian utama saya ialah ingin membahagiakan kedua orang tua dan juga membantu setakat yang boleh rakan-rakan di sekeliling agar mereka juga mampu mengecapi hidup yang lebih selesa. macam karangan sekolah menengah la pulak..

Oklah itulah serba sedikit mengenai saya yang hina ini, tulis panjang2kan nanti orang boring pula nak baca lagipun saya bukanlah seorang artis yang popular yang ramai peminat nak tahu kisah hidup mereka hatta pasal makanan kegemaran pun heboh satu malaya. Saya insan biasa yang menumpang di bumi tuhan ini.

Semoga detik 29 ni bermula sebuah kehidupan yang lebih baik untuk saya dalam menuju kebahagiaan dunia dan akhirat sana, anda juga saya doakan.

sekian, reen.

p/s: Pada piala dunia 2002, Ronaldo telah menjaringkan gol kemenangan ke atas Jerman pada minit 67 dan 79 untuk menjuarai piala dunia ke 5 mereka. :grin:

di tepi sungai kat kampung. merenung nasib dikala subuh menyising

tempat mencari ilham, depan umah. takde keja sini la saya selalu lepak ngan member2

2 permata hati. Anak lelaki saya, naufal zaafarani (11 bulan), baru je boleh berjalan..

chow..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

FORMULA LUAR BIASA - MOHD NIZAM

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Sebenarnya sudah lama saya ingin review FLB Pro Saudara Nizam ni, namun masa je tak mengizinkan. Ramai yang kata program ni adalah skim cepat kaya namun sebenarnya tidak sama sekali. Dalam FLB Pro ini saudara Nizam telah mengupas secara terperinci bisnes gayapos yang berjaya. Mana nak dapat panduan lengkap sebegini rupa selain FLB Pro ni. Saya pasti ramai yang dah mencubanya.

Apa itu FLB Pro

FLB Pro diasaskan oleh saudara Nizam. Setiap ahli yang menyertai program ni akan diberi satu laporan lengkap bagaimana ingin menjadi bisnes gayapos yang berjaya. Untuk menjadi ahli anda perlu membayar RM295.00 dan anda dibekalkan satu laman web yang telah dibina siap-siap oleh Nizam dan siap dengan sistem autoresponder yang agak baik. Anda hanya perlu mempromosikan laman web itu sahaja. Komisen akan diberi RM100 bagi setiap jualan dan RM50 lagi untuk jualan 2 tier di bawah anda.

Namun itu bukanlah kelebihan utama bagi ahli FLB pro ini, tapi ilmu yang diberikan tidak ternilai. Apatah tidaknya anda diberi dengan sebuah laporan yang padat dengan ilmu, cara dan rahsia-rahsia tersembunyi bisnes gayapos. Untuk meringkaskan penerangan berkenaan FLB ni kita bahagikan mengikut produk berikut:-

1. Formula Luar Biasa - Laporan hebat yang menerangkan secara terperinci rahsia menjana wang ribuan ringgit sehari cara mudah secara sambilan dari rumah. Anda hanya perlu laksanakan sahaja, caranya dah diterangkan secara TERANG oleh Nizam ni.

2. CD Ekslusif - Di dalam CD ni mengandungi 2 bahagian iaitu Promosi Internet. Di sini anda akan diberi laporan sulit promosi secara online dengan cara yang cepat, mesra dan betul, opss tu slogan PDRM, cepat, mudah dan murah. hehehe. Dan yang keduanya Promosi Gayapos yang mana beberapa surat power dibekalkan untuk anda promosikan.

3. Bonus FLB - Bonus-bonus ni anda boleh cetak dan jual dan ambil 100% keuntungan. Dua bonus diberi iaitu Bonus eksklusif CD-ROM 39 Rahsia Duit dan juga Sistem RM750 Sehari & Empayar Jutawan.

4. Bonus PRO - Yang ni untuk rujukan anda dalam mencari sumber pendapatan anda sendiri.

Terus terang saya katakan, pada awal saya menyertai program ni dan promosikannya ramai yang mengutuk dan menghantar email tak puas hati pasal mereka anggap ini adalah penipuan bizz internet. Nak suruh saya pastekan kat sini ke email kutukan tu? Padahal sistem ni telah direka dengan begitu tersusun sekali oleh Nizam untuk sama-sama menjana kewangan. Namun semuanya terpulang pada pandangan masing-masing tapi FLB Pro ni telah mengupas suatu kuasa pemasaran yang begitu BIJAK sekali.

Cuma yang saya begitu berterima kasih pada saudara Nizam ialah FLB pro nya telah membuka minda saya yang bizz internet ini amat luas dan tunggu kita teroka saja. RM295 tak berpadanan langsung ngan ilmu yang diberi dan Insya’allah jika dipratikkan secara serius apa yang tercatat di dalam ini tak mustahil anda juga mampu tersenyum. Itu pandangan ikhlas saya pasal FLB Pro ni dan anda yang juga memilikinya mungkin mempunyai perpepsi sendiri dan pada pendapat saya FLB Pro ini bukanlah satu penipuan mengaut keuntungan semata-mata. Terima kasih.

Jika anda berminat, boleh sertai saya disini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb