Dapatkan Koleksi Grafik Terbaik 2008 dengan hanya RM20!
Powered by MaxBlogPress  
link 4

Archive for Perniagaan Offline

MLM- Rafa Green

Pertengahan Ramadhan lepas, saya terjumpa satu perkataan ” RAFA GREEN”. Dengan perasaan ingin tahu yang menebal, saya surf dalam net, dan tahulah apa itu RAFA. MLM rupanya budak Rafa ni. Secara jujurnya saya tak pernah terjebak dengan MLM ni namun kenapa malam tu hati melonjak-lonjak ingin tahu mengenai RAFA.

Cari punya cari info berkenaan ngan RAFA ni, terjumpalah video dalam youtube ni, dan yang ini, penerangan ringkas berkenaan ngan sistem bonus RAFA, setelah menelaah hampir 1 jam saya makin paham bagaimana konsep pembahagian bonus RAFA ni, menarik juga. Lantas saya cuba mendalami lagi siapa itu RAFA dengan mengenali produk yang dijual mereka, hasilnya terjumpalah web rasmi RAFA iaitu www.e-rafa.com . Di situ saya pelajari lebih mendalam berkenaan RAFA. Dan pada 18 Ramadhan saya dengan rasminya menjadi ahli RAFA secara sah dengan mendaftar sendiri hasil kajian sendiri tanpa tak ada seorang pun perkenalkannya. Agak sukar jugak dengan percubaan melulu ini.

Dan hasil pendekatan dan pembelajaran melalui rasa minat yang mendalam, alhamdulillah seminggu selepas menyertai RAFA saya sudah mampu menaja (istilah dalam MLM) empat downline. Dan apa yang lebih mengembirakan saya, jutawan pertama RAFA, cikgu Azli sendiri menghubungi saya dan ingin mengenali lebih dekat siapa saya, hehehe dan hasilnya pada 18 oktober lalu, saya telah bertemu secara langsung dengan beliau dan kami sama-sama keluar minum sambil saya mengambil peluang ini untuk mendalami ilmu-ilmu dalam MLM ni. Beliau seorang yang sangat peramah dan tidak kedekut ilmu. perjumpaan face to face ni memberikan saya sedikit motivasi bagaimana ingin berjaya dalam MLM. berjayakah saya? Mungkin tidak tapi sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Dan cikgu Azli telah merekomenkan saya untuk menjadi stokis area Kelantan walaupun itu kali pertama kami berjumpa. Agak best jugak.

Namun nasihat saya yang masih mentah dalam MLM ini, jangan sesekali kita merendah-rendahkan apapun kerja orang lain selagi ianya halal tak kiralah walau kita sudah berjaya ya amat dalam bidang MLM ini. Dan kini saya semakin bersemangat untuk meneruskan minat ini kerana kita boleh mengenali pelbagai ragam manusia sambil melatih untuk kita bercakap, dan bercakap dan bercakap sehingga susah nak berhenti…dah rasa ketagih bila tak bercakap, parah jugak. Sekian selamat hari raya, kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal RAFA ni bolehlah email pada saya, untuk area Kelantan boleh jumpa terus (terpromosi sikit). Assalamualaikum.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Projek Cendawan

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dan menempuh pelbagai onak duri dan ranjau berliku akhirnya projek cendawan yang kami usahakan beberapa bulan yang lalu mula mengeluarkan hasil. Syukur. Pada awal proses penanaman ini kami menghadapi masalah cendawan tidak tumbuh walaupun telah mencapai tempoh matang namun hasil dari kajian yang tak seberapa maka puncanya dapat dikenalpasti.

Permintaan yang tinggi tidak mampu dipenuhi oleh kami lantaran pada peringkat permulaan dan percubaan ini kami sekadar memasukkan bag media berisi cendawan beberapa ribu saja. Permintaan terhadap cendawan amatlah tinggi ketika ini bilamana tempahan datang bertali arus walau baru sehari memasuki pasaran. Setakat ini kami hanya mampu memasarkan area Tanah Merah saja dan bercita-cita mahu menembusi pasaran Eropah pula.. :lol:

Cendawan kami juga telah mula memasuki pasaran Golok Thailand, bukan seludup secara haram tapi dikirim kepada salah seorang peraih dari sini setiap hari setelah permintaan dari sana juga tinggi. Alhamdulillah setakat ini dari segi pasaran kami tidak menghadapi masalah, mungkin faktor pengeluaran yang tak seberapa kot. Sekarang ini kami dalam proses untuk menambah pengeluaran cendawan bagi memenuhi permintaan dan juga memenuhi poket kami, hehehe. Insya’allah.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil untuk tatapan anda semua agar tidak boring membaca celoteh saya yang tak seberapa ini.

p/s: kalau ada sapa2 yang tahu macamana nak dapatkan bantuan ntuk majukan perniagaan ini bolehlah kongsi bersama ye, bantuan saja, pinjaman kami tak mahu..huhuhu.. :mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kedai Online

Salam semua..

Nak bisnes apa ya kat internet ni? Agak sukar juga nak cari idea, maklumlah semua orang dah jual. Nak buat ebook, tak tahu nak buat pasal apa..nak jual kreativiti sendiri, tak ada kemahiran pula..hmm agak sukar juga.

Kali ini saya sekadar ingin berkongsi idea saja.. mungkin ada antara kita sudah tahu tapi takpelah sekadar ingin berkongsi idea dan pendapat saja.

Sering kali kita menemui jalan buntu untuk memulakan idea perniagaan internet ini. Kita takut pada persaingan. Maklumlah segala mak nenek sudah ada orang jual kat internet ni. Namun jangan jadikan itu sebagai pembunuh semangat bisnes anda. Persaingan merupakan satu pemangkin kepada kejayaan sebenarnya.

Cara yang paling mudah untuk berniaga internet ialah melihat peluang yang paling dekat dengan anda. Anda tidak perlu mahir untuk membuat produk tersebut, hanya tolong pasarkan saja di kedai internet anda. Contohnya di kampung anda ada seorang makcik tu yang amat terer buat sambal daging, apa kata anda ambil makanan tersebut dan promosikan sambal daging tersebut di kedai online anda itu. tanpa mengeluarkan kos yang banyak anda sudah mampu menjadi peniaga di internet, mudah bukan?

Lagipun rakyat Malaysia ni ramai tidak mustahil jika kena dengan pengiklanan sambal daging anda akan meletup, apatah lagi jika di bulan Ramadhan. Pelbagai lagi produk lain yang boleh dikomersilkan mengikut faktor kawasan seperti batik, lukisan dan barang-barang lain lagi.

Selamat mencuba, saya pun nak try juga satu..mana tahu laku nanti..hehehe :grin:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Pertanian dan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk artikel kali ni nampak macam buku sekolah menengah dulu kan? saja je saya letak begitu supaya nampak menarik.

Kali ini saya nak bercerita sikit pasal projek terbaru saya. Walaupun saya meminati ilmu internet ni namun saranan Pak Lah untuk menjadikan Malaysia negara pertanian disambut juga oleh saya.

Cendawan. Ya, projek terbaru saya bersama seorang lagi rakan kongsi telah menceburi bidang penanaman Cendawan Tiram yang agak popular ketika ini. Banyak berita2 yang kita dengar dalam akhbar mahupun televisyen pasal kejayaan penanam2 cendawan. Namun harus diingat, menceburi bidang ini bukanlah semudah yang disangkakan, banyak halangan dan teknik2 yang betul harus dipraktikkan.

Dengan bermodalkan RM10k lebih kami menubuhkan COOLLUCK ENT. Coolluck tu sempena nama kulat, nama lain bagi cendawan selain maknanya yang agak baik juga jika diterjemah ke Bahasa Melayu. Beroperasi di Lepan Bola, Batu Gajah Tanah Merah, Kelantan nun jauh di dalam hutan belantara yang baru diteroka, sesuai untuk habitat cendawan ni yang perlukan privacy yang tinggi. Macam artis pun ada perangai cendawan ni.

Kami membina rumah cendawan seluas 50 x 20 kaki bagi menempatkan 15000 bag media cendawan dan setiap bag boleh menghasilkan 5 - 8 kali hasil. Biasanya selepas sebulan lebih menyuntik anak benih maka hasil sudah boleh dituai. Untuk proses seterusnya, dapatkan ebook saya di pasaran..hehehe gurau je.

Harga pasaran terkini RM6 - RM8 sekilo.

Sekian untuk kali ini, saya akan post lagi artikel berkenaan dengan penanaman cendawan di lain hari. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat berkenaan cendawan ni bolehlah mesej kepada kami.

Terima kasih…


Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Pertanian adalah Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk post kali ini suka saya untuk membincangkan berkenaan dengan pertanian adalah perniagaan.Kepimpinan Pak Lah menumpukan kepada pertanian sebagai salah satu punca pendapatan utama. Peluang untuk menjana pendapatan melalui pertanian terbuka luas kepada sesiapa saja yang bijak merebut peluang

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber

pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;

2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan

kepelbagaian produk;

3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :

a. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan

sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;

b. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;

c. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak

5.2%; dan

d. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan

pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.

e. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah

disasarkan.

Kalau dilihat dari teras dan sasaran RMK 9, Pertanian menawarkan satu peluang perniagaan yang cukup besar selaras dengan wawasan negara yang mahu menajdikan pertanian satu perniagaan. Di tambah dengan teknologi kini dan saluran internet yang tiada had, mengapa tidak kita jadikan pertanian satu lagi punca pendapatan selain bisnes internet yang juga kian meluas di Negara kita. Namun pertanian perlukan satu komitmen dan usaha yang berterusan kerana ianya pasti suatu bidang yang cukup berisiko tetapi lumayan. Bak kata pepatah ” mana nak dapatkan sagu, jika tidak dipecahkan ruyungnya”, betul ke pepatah ni, :)

Sekian dulu artikel pasal pertanian ni, kepada sesiapa yang ada idea menarik pasal pertanian bolehlah bagi cadangan untuk kita kongsi bersama.

Terima kasih.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb