NOKIA N800 Untuk Pelayar Internet Tegar
Untuk pelayar internet tegar, yang sudah sampai tahap tak boleh berpisah dengan internet, ini ada berita baik untuk anda. Nokia telah mengeluarkan satu lagi gajet menarik untuk anda-N800.
Nokia yang terkenal dengan rangkaian model telefonnya kini meluaskan produknya kepada Tablet Internet. Tablet Internet Nokia N800 adalah sambungan daripada version yang dulu, N770. N800 dikhususkan kepada pelayar internet yang selalu bergerak dan untuk IM-IM semua produk ini amatlah sesuai untuk anda walaupun di mana jua anda berada. Ianya dibuat khas untuk untuk melayari web saja tanpa memiliki ciri asas untuk membuat panggilan.
Bagaimanapun ianya dilengkapi fungsi suara di atas protokol Internet (VolP) yang boleh digunakan secara berkesan. Dari bawak laptop ke hulu hilir, try bawak pulak N800 nih, kewibawaan anda makin terselah. Laman web boleh diakses kepada sambungan WiFi bersepadu atau Bluetooth pada telefon mudah alih.
Ciri menarik lain pula ialah ianya dilengkapi kamera video berprestasi tinggi dengan skrin lebar warna 65k dan resolusi 800 x 480 dan boleh ditonton dengan baik walaupun di bawah pancaran sang mentari. Tak lupa juga pada kaki-kaki muzik tu N800 turut dilengkapi dengan ciri hiburan bertenaga. Bateri pula tahan untuk 4 jam sekali cas.
Sila dapatkan satu di kedai-kedai berhampiran..

























