Etika Perniagaan Dalam Islam
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Setiap kali kita menjalankan sebarang perniagaan, pernahkah kita terfikir bahawa perniagaan yang dijalankan tersebut memenuhi etika seperti mana yang digariskan dalam Islam? Untuk itu, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai Etika Perniagaan Dalam Islam yang saya petik dari Khutbah Jumaat yang lepas. Jom kita renung-renungkan bersama sempena Hari Jumaat yang mulia ini..
Perniagaan bermaksud aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan mendapat keuntungan. Islam telah menetapkan panduan berurus niaga yang diredhoi oleh Allah SWT. Untuk mendapat keredhoan tersebut kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut :
1. Tiada unsur riba’
2. Terjalin akad jual beli
3. Barangan jualan yang halal
4. Menjauhi segala unsur penipuan
Hadith Nabi Muhammad SAW daripada Abdullah ibnu Mas’ud, katanya : Rasullullah SAW melaknat pemakan riba’, orang yang mewakilkan urusan riba’, dua saksinya dan pencatatnya.
Dalam perniagaan, kita harus mempunyai matlamat. Ada beberapa hikmah dan matlamat pensyari’atan sistem perniagaan Islam, diantaranya :
1. Mengelakkan pihak tertentu mengaut keuntungan mudah dari golongan yang dhaif.
2. Mewujudkan kerjasama dan persaudaraan serta tolong menolong di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
3. Mengelak dari membeli harta tanpa hak.
Para peniaga mestilah menjaga tatatertib dan adb-adab di dalam mermu’amalah serta menjauhi sifat tamak dan segala bentuk penipuan seperti mengurangi kuantiti dan menukar kualiti barang demi mengaut keuntungan.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra’ ayat 35 : Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu (kesannya baik bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
Firman Allah SWT di dalam Surah Al Muthaffifin ayat 1-3 : Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Suatu malam Khalifah Umar Al-Khattab ra telah melakukan rondaan di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir kota Madinah. Dalam rondaan tersebut beliau telah mendengar perbualan di antara seorang gadis dengan ibunya dalam sebuah rumah. Si ibu berkata ; “Wahai anakku, campurkanlah air dengan susu yang akan kita jual ini sebelum fajar menjelang”. Namun anaknya menjawab; “Tidak wahai ibuku, Saidina Umar telah melarangkan hal ini”. Ibunya berkata lagi;“Campur sahja susu itu dengan air, bukannya Saidina Umar nampak“. Jawab sianak lagi; “Walaupun Saidina Umar tidak nampak, tetapi sedarlah wahai ibu Tuhan Saidina Umar pasti nampak”.
Mendengar kata-kata anak gadis yang teguh imannya itu, Saidina Umar menangis kesayuan dalam kesyukuran. Keesokan harinya beliau mengarahkan anaknya yang bernama ‘Asim supaya meminang dan mengahwini gadis tersebut. Hasil dari zuriat keturunan mereka inilah lahirnya seorang Khalifah Islam yang Agung bernama ‘Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya.
Kesimpulannya, kita hendaklah berurus niaga berlandaskan syiar Islam yang dapat memenuhi keperluan hidup manusia. Selain itu, sembilan persepuluh sumber rezeki terdapat didalam perniagaan dan Islam mengharamkan perniagaan yang berunsurkan riba’, penipuan dan penindasan.
Justeru itu, dalam keghairahan kita mencari dan mencari peluang perniagaan di Internet, kita hendaklah sentiasa menilai sesuatu perniagaan tersebut supaya rezeki yang kita dapat sentiasa mendapat kerberkatan dari Allah SWT. Jalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas selalu.
Sekadar berkongsi ilmu..Wassalam.. ![]()


















































en_me said
am October 25 2008 @ 9:27 pm
thanks bro for d info..
thanks juger singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
en_me’s last blog post..jejak kasih
AliF said
am December 3 2008 @ 9:00 am
mmmm..betul2..tapi manusia nie mudah lupa..
AliF’s last blog post..Penggunaan Twitter adakah perlu atau tidak?
hydir said
am December 13 2008 @ 12:36 pm
Islam itu indah dan lengkap segala-galanya dr segi muamalat hingga munakahat … kita jer taknak ikut.. ish3…

hydir’s last blog post..Anelka is November Barclays Player of the month
admin said
am December 17 2008 @ 12:57 am
yaa… islam itu indah..
namun kebanyakkan manusia tidak mahu menghiasi diri dengan kesucian islam..
Aqif said
am December 18 2008 @ 10:47 am
bro..

thanks for sharing da info
dapat lah menjelaskan pada para usahawan internet bahawa kita masih perlu igt etika perniagaan dalam islam walaupon “online”
Aqif’s last blog post..Google Adsense? How Much Do You Earned Till Today?