Dapatkan Koleksi Grafik Terbaik 2008 dengan hanya RM20!
Powered by MaxBlogPress  
link 3

Archive for October, 2008

Etika Perniagaan Dalam Islam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Setiap kali kita menjalankan sebarang perniagaan, pernahkah kita terfikir bahawa perniagaan yang dijalankan tersebut memenuhi etika seperti mana yang digariskan dalam Islam? Untuk itu, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai Etika Perniagaan Dalam Islam yang saya petik dari Khutbah Jumaat yang lepas. Jom kita renung-renungkan bersama sempena Hari Jumaat yang mulia ini..

Perniagaan bermaksud aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan mendapat keuntungan. Islam telah menetapkan panduan berurus niaga yang diredhoi oleh Allah SWT. Untuk mendapat keredhoan tersebut kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut :

1. Tiada unsur riba’
2. Terjalin akad jual beli
3. Barangan jualan yang halal
4. Menjauhi segala unsur penipuan

Hadith Nabi Muhammad SAW daripada Abdullah ibnu Mas’ud, katanya : Rasullullah SAW melaknat pemakan riba’, orang yang mewakilkan urusan riba’, dua saksinya dan pencatatnya.

Dalam perniagaan, kita harus mempunyai matlamat. Ada beberapa hikmah dan matlamat pensyari’atan sistem perniagaan Islam, diantaranya :

1. Mengelakkan pihak tertentu mengaut keuntungan mudah dari golongan yang dhaif.
2. Mewujudkan kerjasama dan persaudaraan serta tolong menolong di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
3. Mengelak dari membeli harta tanpa hak.

Para peniaga mestilah menjaga tatatertib dan adb-adab di dalam mermu’amalah serta menjauhi sifat tamak dan segala bentuk penipuan seperti mengurangi kuantiti dan menukar kualiti barang demi mengaut keuntungan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra’ ayat 35 : Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu (kesannya baik bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Muthaffifin ayat 1-3 : Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Suatu malam Khalifah Umar Al-Khattab ra telah melakukan rondaan di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir kota Madinah. Dalam rondaan tersebut beliau telah mendengar perbualan di antara seorang gadis dengan ibunya dalam sebuah rumah. Si ibu berkata ; “Wahai anakku, campurkanlah air dengan susu yang akan kita jual ini sebelum fajar menjelang”. Namun anaknya menjawab; “Tidak wahai ibuku, Saidina Umar telah melarangkan hal ini”. Ibunya berkata lagi;“Campur sahja susu itu dengan air, bukannya Saidina Umar nampak“. Jawab sianak lagi; “Walaupun Saidina Umar tidak nampak, tetapi sedarlah wahai ibu Tuhan Saidina Umar pasti nampak”.

Mendengar kata-kata anak gadis yang teguh imannya itu, Saidina Umar menangis kesayuan dalam kesyukuran. Keesokan harinya beliau mengarahkan anaknya yang bernama ‘Asim supaya meminang dan mengahwini gadis tersebut. Hasil dari zuriat keturunan mereka inilah lahirnya seorang Khalifah Islam yang Agung bernama ‘Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya.

Kesimpulannya, kita hendaklah berurus niaga berlandaskan syiar Islam yang dapat memenuhi keperluan hidup manusia. Selain itu, sembilan persepuluh sumber rezeki terdapat didalam perniagaan dan Islam mengharamkan perniagaan yang berunsurkan riba’, penipuan dan penindasan.

Justeru itu, dalam keghairahan kita mencari dan mencari peluang perniagaan di Internet, kita hendaklah sentiasa menilai sesuatu perniagaan tersebut supaya rezeki yang kita dapat sentiasa mendapat kerberkatan dari Allah SWT. Jalankan perniagaan dengan jujur dan ikhlas selalu.

Sekadar berkongsi ilmu..Wassalam.. :mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

MLM- Rafa Green

Pertengahan Ramadhan lepas, saya terjumpa satu perkataan ” RAFA GREEN”. Dengan perasaan ingin tahu yang menebal, saya surf dalam net, dan tahulah apa itu RAFA. MLM rupanya budak Rafa ni. Secara jujurnya saya tak pernah terjebak dengan MLM ni namun kenapa malam tu hati melonjak-lonjak ingin tahu mengenai RAFA.

Cari punya cari info berkenaan ngan RAFA ni, terjumpalah video dalam youtube ni, dan yang ini, penerangan ringkas berkenaan ngan sistem bonus RAFA, setelah menelaah hampir 1 jam saya makin paham bagaimana konsep pembahagian bonus RAFA ni, menarik juga. Lantas saya cuba mendalami lagi siapa itu RAFA dengan mengenali produk yang dijual mereka, hasilnya terjumpalah web rasmi RAFA iaitu www.e-rafa.com . Di situ saya pelajari lebih mendalam berkenaan RAFA. Dan pada 18 Ramadhan saya dengan rasminya menjadi ahli RAFA secara sah dengan mendaftar sendiri hasil kajian sendiri tanpa tak ada seorang pun perkenalkannya. Agak sukar jugak dengan percubaan melulu ini.

Dan hasil pendekatan dan pembelajaran melalui rasa minat yang mendalam, alhamdulillah seminggu selepas menyertai RAFA saya sudah mampu menaja (istilah dalam MLM) empat downline. Dan apa yang lebih mengembirakan saya, jutawan pertama RAFA, cikgu Azli sendiri menghubungi saya dan ingin mengenali lebih dekat siapa saya, hehehe dan hasilnya pada 18 oktober lalu, saya telah bertemu secara langsung dengan beliau dan kami sama-sama keluar minum sambil saya mengambil peluang ini untuk mendalami ilmu-ilmu dalam MLM ni. Beliau seorang yang sangat peramah dan tidak kedekut ilmu. perjumpaan face to face ni memberikan saya sedikit motivasi bagaimana ingin berjaya dalam MLM. berjayakah saya? Mungkin tidak tapi sekurang-kurangnya saya telah mencuba. Dan cikgu Azli telah merekomenkan saya untuk menjadi stokis area Kelantan walaupun itu kali pertama kami berjumpa. Agak best jugak.

Namun nasihat saya yang masih mentah dalam MLM ini, jangan sesekali kita merendah-rendahkan apapun kerja orang lain selagi ianya halal tak kiralah walau kita sudah berjaya ya amat dalam bidang MLM ini. Dan kini saya semakin bersemangat untuk meneruskan minat ini kerana kita boleh mengenali pelbagai ragam manusia sambil melatih untuk kita bercakap, dan bercakap dan bercakap sehingga susah nak berhenti…dah rasa ketagih bila tak bercakap, parah jugak. Sekian selamat hari raya, kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal RAFA ni bolehlah email pada saya, untuk area Kelantan boleh jumpa terus (terpromosi sikit). Assalamualaikum.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Pembohongan Yang Perlu diketahui di INTERNET!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Dalam pada keghairahan kita mencari sumber pendapatan di internet, kita seharusnya meluangkan masa mengkaji sesuatu program atau peluang perniagaan yang ingin disertai. Antara faktor kejayaan seseorang di dalam perniagaan internet adalah sejauh mana dia meluangkan masa untuk belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan.

Kali ini saya ingin kongsikan 5 pembohongan besar yang perlu diketahui oleh semua supaya tidak tertipu dengan pelbagai program yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dalam sekelip mata. Artikel ini ditulis oleh saudara Amirul Faisal - Seorang usahawan internet Malaysia. Berfikir sebelum memulakan sesuatu adalah lebih baik sebelum menanggung kerugian akibat ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!

Pembohongan # 1 : Apa Saja Produk Yang Anda Jual PASTINYA Akan Terjual Sekaligus Laris Di Pasaran!

TIDAK sama sekali.

Jika terdapat mana-mana ‘guru’ perniagaan Internet yang
berkata demikian di dalam seminar perniagaan Internet
mereka, sila tinggalkan seminar mereka dengan segara.
Minta kembali wang anda (jika terdapat refund di dalam
polisi mereka).

Inilah pembohongan yang teramat nyata di dalam perniagaan
Internet. Jika anda memiliki mind-set sebegini, sila
betulkan dengan segera. Ini kerana…
Produk Yang Anda Jual YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DI
DALAM PASARAN Yang Pastinya Akan Terjual!
Jangan sesekali membuat tanggapan yang produk yang anda
akan jual akan mendapat sambutan dari pembeli.

Never assume.

Katakan anda menjual produk batik, anda membuat anggapan
yang produk anda akan laku di pasaran US kerana disana
disebabkan produk anda sukar didapati, maka ianya akan
mendapat sambutan.

Tidak sama sekali.

Sebelum melaksanakan sesuatu idea baru, apa yang anda perlu
lakukan adalah menanyakan diri anda sendiri;

1. Adakah produk anda mempunyai permintaan?

2. Jika YA, adakah produk anda mudah dijumpai di pasar
biasa (offline) atau tidak?

3. Adakah produk anda menyelesaikan masalah-masalah di
dalam pasaran anda?

Read the rest of this entry »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Duit Raya untuk semua..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Bagaimana dengan Raya tahun nie? Harap-hara ianya dapat disambut dengan penuh kemeriahan. Dapat balik kampung berjumpa sanak saudara dan saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Amalan yang dituntut yang dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama kita. Alhamdulillah, saya juga dah selamat sampai ke KL dari kampung di Terengganu semalam. Perjalanan pulang yang agak lancar tanpa kesesakan lalulintas yang teruk kerana jangkaan saya memilih semalam untuk pulang ke KL adalah tepat.. :smile:

Bercerita pasal duit raya nie..teringat zaman kanak-kanak dulu, time raya merupakan detik yang paling gembira kerana dapat kumpul duit raya! Masa ni juga dapat melaram dengan baju Ninja Turtles, Ultraman, Superman dan pelbagai lagi superhero :wink: Opss..berbalik kepada duit raya tadi, saya ada berita baik yang ingin diwar-warkan kepada semua.. Baru-baru ini, seorang multi-jutawan internet antarabangsa, Russell Brunson, baru sahaja melancarkan program “pay per lead” beliau yang terbaru. Di dalam program “pay per lead” ini, Russel Brunson akan membayar anda sebanyak USD1 bagi setiap rakan yang anda berjaya ajak untuk mendaftar di dalam pertandingan “Zero to 100 Million” yang beliau anjurkan. Hanya daftar sahaja! Tak perlu sertai pun pertandingan yang dianjurkan..anda akan diberikan duit raya sebanyak USD1 sekiranya anda promosikan pertandingan tersebut kepada rakan-rakan lain yang mendaftar dengan link anda. Mudah bukan? :mrgreen:

Untuk kefahaman yang lebih lanjut, anda boleh download tutorial mudah kat sini. Semoga kita sama-sama dapat kaut duit raya dalam USD pula..

Buat Duit Raya

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb