13 Mar, 2008
Demam PRU 12 semakin kebah nampaknya. Bolehlah tumpukan pada bisnes pulak. Saya sendiri juga kurang menumpukan pada bizz memandangkan terlalu exited dengan pilihanraya baru-baru ni. Tok Maimun pun mungkin dah lupa pada PRU 12 dan beliau mungkin teruskan aktiviti beliau menjual kain agaknya.
Menceburi Bisnes Online ini juga perlukan satu minat dan semangat yang tinggi. Anda juga pasti pernah menempuhi zaman-zaman malap dalam meneruskan bidang ni. Dengan kekangan masa kerja di pejabat, masalah rumah, letih, layan karenah anak-anak pasti akan membuatkan kita menjadi semakin malas untuk mengadap PC. Dan di saat itu motivasi diri semakin merundum. Jika tidak di bendung pasti boleh menyebabkan kegilaan kita pada dunia internet ini turut tenggelam bersama semangat yang hilang.
Dan pada pandangan peribadi saya, salah satu cara untuk mengelakkan minat kita dalam dunia online ni terus terkubur begitu saja ialah dengan mencari seorang rakan kongsi dan yang paling bagus adalah orang yang paling rapat dengan anda. Mengapa? Kerana jika salah sorang dah nampak macam tak berapa bersemangat, yang sorang lagi tu bolehlah ketuk-ketuk sikit bagi sedar sikit. Secara ringkasnya ialah saling bantu membantu antara sesama. Tapi jangan gaduh-gaduh sudah.
Dan satu lagi cara untuk releasekan tension dan bagi semangat kembali menyinar ialah layan saja info-info menarik ni haa..rilek la sejenak ye tak? Layan……
1. Kucing boleh dengar ultrasound namun kucing tak la pula kenal ultraman.
2. Pada suhu 40%c seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dan pada suhu yang lebih tinggi seseorang juga boleh hilang tahap kesabaran beliau, baik cepat lari.
3. Purata orang ketawa ialah 15 kali sehari dan orang yang ketawa depan orang yang sedang sakit gigi boleh kena penampar 15 kali. Try test tengok.
4. Mamalia terkecil di dunia adalah sejens kelawar di thailand yang dianggarkan seberat duit syiling 1 sen dan baju kelawar pula dipakai oleh Mama Alia yang masih kecil yang masih tak kenal pun duit 1 sen.
5. 0.3% kemalangan jalanraya di canada membabitkan rusa dan yang pastinya 0.3% rusa yang malang adalah rusa di Canada.
Bagaimana? Dah rasa ok sikit? Tak lagi? Takpelah cuba bawak-bawak berehat dulu dan lain kali saya bagi lagi info-info best sambil-sambil kita meneruskan perjuangan kita dalam dunia bizz ini. Salam kejayaan.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
9 Mar, 2008
Assalamualikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Sepertimana yang kita sedia maklum, Pilihanraya Umum ke 12 telah berakhir semalam dengan menyaksikan tamparan hebat kepada Parti Barisan Nasional. Nampaknya pakatan parti pembangkang berjaya menawan hati rakyat dan berjaya menguasai 4 buah lagi negeri dari kekuasaan parti Barisan Nasional. BN gagal mempertahankan Kedah yang jatuh ke tangan PAS, Pulau Pinang dan Perak kepada Parti DAP, Selangor yang ditawan oleh PKR serta gagal menawan Kelantan buat sekian kalinya..Bagi anda yang ingin mengetahui keputusan penuh pilihanraya Malaysia ke 12, sila banner di bawah..

Soal kekalahan dan kemenangan kepada parti yang bertanding bukanlah perkara yang ingin saya katakan pada post kali ini kerana ini bukanlah blog politik
. Yang penting, peralihan kuasa kepada parti yang menang berjalan dengan aman dan damai dan semoga kerajaan baru yang dibentuk melaksanakan segala janji yang telah diutarakan sebelum pilihanraya. Ingat, rakyat Malaysia sekarang sudah pandai memilih kerajaan dan kuasa memilih kerajaan ada ditangan rakyat!
Saya hanya ingin menarik perhatian pembaca semua mengenai suasana perniagaan internet sekitar pilihanraya baru-baru ini. Jika anda seorang usahawan internet, sudah pasti anda akan merasa akan sedikit kesuraman kepada perniagaan internet anda, ini kerana kebanyakkan orang lebih ‘excited’ untuk mengetahui mengenai perkembangan terkini pilihanraya dan meninggalkan seketika melayari web-web lain.. Perkara sebegini sebenarnya boleh menjejaskan pendapatan kita sebagai usahawan internet dan bagaimanakah cara untuk menstabilkan pendapatan anda jika sekiranya berlaku lagi peristiwa-peristiwa lain lagi di dalam negara kita nie?
Hasil pembacaan saya dari blog-blog usahawan-usahawan lain, jika sekiranya kita ingin memaksimakan keuntungan dan menstabilkan pendapatan internet, kita hendaklah memperluaskan skop perniagaan internet kepada pasaran antarabangsa dan jangan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan semata-mata. Contohnya seperti menyertai program affiliate luar atau memasarkan produk kepada pasaran antarabangsa serta memberi tumpuan kepada Google Adsense..
Moral yang saya dapat adalah bersedia dengan web-web yang mengandungi iklan-iklan adsense. Nasib baik beberapa program affiliate luar yang saya sertai berjalan mcm biasa. So, kepada semua.. harap bersedia dengan ’senjata-senjata’ perniagaan anda kerana kita tidak boleh menyangka apa-apa yang boleh berlaku di negara kita yang mana boleh mengalih perhatian pasaran..
Sekian..
Nuwa 
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
5 Mar, 2008
Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah, setelah berpenat lelah hampir 2 3 minggu..akhirnya berjaya juga kami siapkan ebook Peluang Perniagaan Internet yang dikhaskan untuk para new bie yang inginkan informasi mengenai Perniagaan Internet. Kenapa untuk newbie sahaja? Coz kami tidak mahu para newbie jadi seperti kami suatu ketika dahulu yang saban hari sentiasa ingin mengetahui tentang peluang berniaga di Internet. Ebook ni kami namakan sebagai ‘Rahsia Internet’ (RI). Kat bawah nie adalah cover nya..

Antara isi kandungan RI adalah kami menyentuh tentang peluang-peluang menjana Pendapatan Dari Internet. Seperti yang kita semua sedia maklum, Internet menjanjikan pendapatan yang begitu lumayan, namun kena perlu kena pada teknik dan caranya.. Barulah boleh hasilkan income!! Nak tahu, kami bongkarkan dalam RI nie..!
RI belum sedia kami lancarkan kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kami ingin mengaplikasikan sistem pesanan melalui SMS untuk mendapatkan ebook ini.. Harapan kami semoga ebook ini mendapat sambutan dan membantu para newbie..
Sekian, Wassalam..
Nuwa
newbie - mereka yang masih baru..
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
3 Mar, 2008
Salam semua..
Nak bisnes apa ya kat internet ni? Agak sukar juga nak cari idea, maklumlah semua orang dah jual. Nak buat ebook, tak tahu nak buat pasal apa..nak jual kreativiti sendiri, tak ada kemahiran pula..hmm agak sukar juga.
Kali ini saya sekadar ingin berkongsi idea saja.. mungkin ada antara kita sudah tahu tapi takpelah sekadar ingin berkongsi idea dan pendapat saja.
Sering kali kita menemui jalan buntu untuk memulakan idea perniagaan internet ini. Kita takut pada persaingan. Maklumlah segala mak nenek sudah ada orang jual kat internet ni. Namun jangan jadikan itu sebagai pembunuh semangat bisnes anda. Persaingan merupakan satu pemangkin kepada kejayaan sebenarnya.
Cara yang paling mudah untuk berniaga internet ialah melihat peluang yang paling dekat dengan anda. Anda tidak perlu mahir untuk membuat produk tersebut, hanya tolong pasarkan saja di kedai internet anda. Contohnya di kampung anda ada seorang makcik tu yang amat terer buat sambal daging, apa kata anda ambil makanan tersebut dan promosikan sambal daging tersebut di kedai online anda itu. tanpa mengeluarkan kos yang banyak anda sudah mampu menjadi peniaga di internet, mudah bukan?
Lagipun rakyat Malaysia ni ramai tidak mustahil jika kena dengan pengiklanan sambal daging anda akan meletup, apatah lagi jika di bulan Ramadhan. Pelbagai lagi produk lain yang boleh dikomersilkan mengikut faktor kawasan seperti batik, lukisan dan barang-barang lain lagi.
Selamat mencuba, saya pun nak try juga satu..mana tahu laku nanti..hehehe 
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.