Dapatkan Koleksi Grafik Terbaik 2008 dengan hanya RM20!
Powered by MaxBlogPress  
http://www.ebukupanduan.com/rahsiainternet

Archive for March, 2008

FORMULA LUAR BIASA - MOHD NIZAM

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Sebenarnya sudah lama saya ingin review FLB Pro Saudara Nizam ni, namun masa je tak mengizinkan. Ramai yang kata program ni adalah skim cepat kaya namun sebenarnya tidak sama sekali. Dalam FLB Pro ini saudara Nizam telah mengupas secara terperinci bisnes gayapos yang berjaya. Mana nak dapat panduan lengkap sebegini rupa selain FLB Pro ni. Saya pasti ramai yang dah mencubanya.

Apa itu FLB Pro

FLB Pro diasaskan oleh saudara Nizam. Setiap ahli yang menyertai program ni akan diberi satu laporan lengkap bagaimana ingin menjadi bisnes gayapos yang berjaya. Untuk menjadi ahli anda perlu membayar RM295.00 dan anda dibekalkan satu laman web yang telah dibina siap-siap oleh Nizam dan siap dengan sistem autoresponder yang agak baik. Anda hanya perlu mempromosikan laman web itu sahaja. Komisen akan diberi RM100 bagi setiap jualan dan RM50 lagi untuk jualan 2 tier di bawah anda.

Namun itu bukanlah kelebihan utama bagi ahli FLB pro ini, tapi ilmu yang diberikan tidak ternilai. Apatah tidaknya anda diberi dengan sebuah laporan yang padat dengan ilmu, cara dan rahsia-rahsia tersembunyi bisnes gayapos. Untuk meringkaskan penerangan berkenaan FLB ni kita bahagikan mengikut produk berikut:-

1. Formula Luar Biasa - Laporan hebat yang menerangkan secara terperinci rahsia menjana wang ribuan ringgit sehari cara mudah secara sambilan dari rumah. Anda hanya perlu laksanakan sahaja, caranya dah diterangkan secara TERANG oleh Nizam ni.

2. CD Ekslusif - Di dalam CD ni mengandungi 2 bahagian iaitu Promosi Internet. Di sini anda akan diberi laporan sulit promosi secara online dengan cara yang cepat, mesra dan betul, opss tu slogan PDRM, cepat, mudah dan murah. hehehe. Dan yang keduanya Promosi Gayapos yang mana beberapa surat power dibekalkan untuk anda promosikan.

3. Bonus FLB - Bonus-bonus ni anda boleh cetak dan jual dan ambil 100% keuntungan. Dua bonus diberi iaitu Bonus eksklusif CD-ROM 39 Rahsia Duit dan juga Sistem RM750 Sehari & Empayar Jutawan.

4. Bonus PRO - Yang ni untuk rujukan anda dalam mencari sumber pendapatan anda sendiri.

Terus terang saya katakan, pada awal saya menyertai program ni dan promosikannya ramai yang mengutuk dan menghantar email tak puas hati pasal mereka anggap ini adalah penipuan bizz internet. Nak suruh saya pastekan kat sini ke email kutukan tu? Padahal sistem ni telah direka dengan begitu tersusun sekali oleh Nizam untuk sama-sama menjana kewangan. Namun semuanya terpulang pada pandangan masing-masing tapi FLB Pro ni telah mengupas suatu kuasa pemasaran yang begitu BIJAK sekali.

Cuma yang saya begitu berterima kasih pada saudara Nizam ialah FLB pro nya telah membuka minda saya yang bizz internet ini amat luas dan tunggu kita teroka saja. RM295 tak berpadanan langsung ngan ilmu yang diberi dan Insya’allah jika dipratikkan secara serius apa yang tercatat di dalam ini tak mustahil anda juga mampu tersenyum. Itu pandangan ikhlas saya pasal FLB Pro ni dan anda yang juga memilikinya mungkin mempunyai perpepsi sendiri dan pada pendapat saya FLB Pro ini bukanlah satu penipuan mengaut keuntungan semata-mata. Terima kasih.

Jika anda berminat, boleh sertai saya disini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

NOKIA N800 Untuk Pelayar Internet Tegar

N800 

Untuk pelayar internet tegar, yang sudah sampai tahap tak boleh berpisah dengan internet, ini ada berita baik untuk anda. Nokia telah mengeluarkan satu lagi gajet menarik untuk anda-N800.

Nokia yang terkenal dengan rangkaian model telefonnya kini meluaskan produknya kepada Tablet Internet. Tablet Internet Nokia N800 adalah sambungan daripada version yang dulu, N770. N800 dikhususkan kepada pelayar internet yang selalu bergerak dan untuk IM-IM semua produk ini amatlah sesuai untuk anda walaupun di mana jua anda berada. Ianya dibuat khas untuk untuk melayari web saja tanpa memiliki ciri asas untuk membuat panggilan.

Bagaimanapun ianya dilengkapi fungsi suara di atas protokol Internet (VolP) yang boleh digunakan secara berkesan. Dari bawak laptop ke hulu hilir, try bawak pulak N800 nih, kewibawaan anda makin terselah. Laman web boleh diakses kepada sambungan WiFi bersepadu atau Bluetooth pada telefon mudah alih.

Ciri menarik lain pula ialah ianya dilengkapi kamera video berprestasi tinggi dengan skrin lebar warna 65k dan resolusi 800 x 480 dan boleh ditonton dengan baik walaupun di bawah pancaran sang mentari. Tak lupa juga pada kaki-kaki muzik tu N800 turut dilengkapi dengan ciri hiburan bertenaga. Bateri pula tahan untuk 4 jam sekali cas.

Sila dapatkan satu di kedai-kedai berhampiran..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Ebook WordPress Percuma!

Assalamualaikum w.b.t..

Apa Khabar Semua? Semoga sihat-sihat selalu hendaknya..

Tahukah anda bagaimana untuk menggunakan sistem Wordpress menjadi satu laman web statik? Sebenarnya saya pun tidak tahu sebelum ini, yang saya tahu sistem Wordpress hanya digunakan untuk blogging sahaja.

Caroline Middlebrook-Seorang software developer dari UK telah berjaya menghasilkan laman web statik menggunakan sistem Wordpress. Menarik kan? Ini bermakna, kita tak perlu pening2 kepala fikirkan bagaimana untuk membina laman web statik. Yang lebih menariknya lagi, beliau dengan murah hatinya telah menulis bagaimana beliau membina laman web statik menggunakan sistem Wordpress dan diedarkan secara percuma! Dalam ebook ini, diterangkan bagaimana untuk menjana bagaimana menjana pendapatan melalui minisite.

Ringkasan Ebook yang mempunyai 43 surat ini adalah seperti berikut :

  • Chapter 1: Getting and Installing WordPress
  • Chapter 2: Basic WordPress Administration. 10
  • Chapter 3: Installing a New Theme. 13
  • Chapter 4: Setting up Adsense On Your Site. 16
  • Chapter 5: WordPress Plugins. 20
  • Chapter 6: Creating Your Site Content
  • Chapter 7: Final Thoughts
  • Appendix 1: Uploading Using FTP.. 33
  • Appendix 2: External Resources

Saya telah membaca ebook ini. Memang BEST! So, bagi anda yang ingin menambahkan ilmu perniagaan online, saya syorkan untuk anda men’download’ ebook percuma ini segera sebelum minah salleh ni mengenakan sebarang bayaran!

Dapatkan ebook best ni kat sini!

P/S :Jgn lupa tinggalkan komen anda untuk ebook ini..

:mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Selalukah kita BerDOA?

Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Adakah anda sudah berdoa kepada Yang Maha Esa hari ini? Bilakah kali terakhir anda berdoa? Umumnya manusia akan berdoa agar ditunaikan segala yang dihajati..

Persoalan yang ingin saya kongsikan kat sini ialah sejauh mana kita semua mampu menzahirkan permintaan melalui doa supaya ia lebih jelas dan objektif. Kita semua mahukan kejayaan sebagai seorang Usahawan Internet! Kejayaan bagaimana yang diinginkan kerana kejayaan itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin kerana itu kita masih belum berjaya dalam bidang yang diceburi kerana kita gagal visualkan kejayaan bagaimana yang kita idamkan..

Mahu jadi jutawan seperti Irfan Khairi atau Jutawan Hartanah seperi Donald Trump? Bila kita gagal mengobjektifkan permintaan atau doa kita, maka sukarlah untuk ia menjadi kenyataan kerana kita gagal untuk mengambil langkah pro aktif ke arahnya dan langsung gagal bermula langkah yang hendak diambil..

Sebagai contoh, kita pastinya sentiasa berangan-angan hendakkan duit yang melimpah ruah. Namun banyak mana yang kita mahu? Bagi sesetengah orang Rm2 Rm50 ribu sudah teramat banyak. Anda bagaimana? RM 1 juta? Jika RM 1 juta yang anda mahukan, nyatakan! “Ya Allah, Ya Tuhanku.. kembangkan perniagaan aku sehingga aku memperolehi RM 1 juta..” Tampalkan cek bernilai RM 1 juta di depan cermin, di pejabat kerana selagi kita percaya kepada kuasa minda kita kerana duit di dunia ini tiada bertuan. Ia akan pergi kepada mereka yang meminta dan sentiasa berusaha. Jika kita yakin kita akan memilikinya, maka ia akan jadi milik kita..

Untuk mengecapi kejayaan dalam perniagaan, loronglah diri agar mesra dengan ilmu-ilmu perniagaan, tidak mudah mengalah dengan dugaan. Yang perlu ada dalam fikiran hanya yang POSITIF. Buangkan segala perkara dan tanggapan yang negatif yang hanya akan memundurkan kita. InsyaAllah, kita semua akan terus maju!

“Berjaya atau Gagal, adalah 2 pilihan yang betul dan terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana satu”

Sekian, sekadar berkongsi untuk diri sendiri dan pembaca semua.. :mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Video UpGrade Blog WordPress

Assalamualaikum w.b.t..

Bagi anda yang menggunakan sistem WordPress sebagai platform untuk blog anda, saya ada satu berita gembira untuk anda semua. Saya ingin memperkenalkan produk baru di pasaran hasil dari usahawan tempatan iaitu saudara Mohd Zulfadli a.k.a Smartusaha. Produk terbaru beliau yang saya maksudkan adalah ‘Video Panduan Upgrade Blog Wordpress’. Produk saudara Smartusaha kali ini adalah dalam bentuk video dimana teknik dan langkah akan ditunjukkan secara real time. Anda boleh menonton video ini sambil terus meng’upgrade’ blog Wordpress anda. Menarik kan? Berapakah harga untuk produk ini? Sehingga post ini ditulis, produk panas ini masih berharga RM30 dan mungkin akan dinaikkan pada bila-bila masa sahaja..!

Mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui bagaimana cara untuk menaik taraf blog Wordpress dan bertanya adakah perlu untuk menaik taraf blog nie? Bagi saya jawapannya adalah YA. Ini kerana, pihak Wordpress sendiri sentiasa akan mengemaskini sistem Wordpress mereka dan sehingga hari ini sistem Wordpress yang terbaru adalah 2.3.3 dan akan keluar pula versi 2.5 dalam masa terdekat ini. Tujuan utama mereka adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pada sistem Wordpress ini dan juga penambahan fungsi-fungsi terkini dan lebih ‘user friendly’. Jadi, sebagai pemilik blog yang sayangkan blognya, anda seharusnya mengikuti perkembangan terikini dari Wordpress dan sentiasa mengemaskini sistem Wordpress anda!

Melalui produk ini, anda akan dapat  :

- 12 video bersiri (langkah 1 hingga 12)
- 1 video tambahan - upgrade guna Fantastico
- Senarai Semak Upgrade
- Pelan Cadangan Pembelajaran
- Support percuma melalui emel
- Kemaskini percuma produk
- Bonus (buat masa ni ada dua bonus - nilai lebih RM30.00)

Jadi, apa tunggu lagi! Untuk dapatkan produk yang masih panas nie, sila klik covernya kat bawah nie..

Sekian..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Suatu Ketentuan

Dalam pada kita sibuk mencari rezeki, tidak kiralah secara online atau offline, apakata kita renung sejenak mengapa dan apa hikmah ke atas setiap ketentuanNya. Kita ditakdirkan hidup senang pasti ada hikmahnya dan jika ditakdirkan susah sekalipun pasti juga ada lebihnya.

Pelbagai karenah dan cara masing-masing lakukan untuk mencari sesuap nasi. Pada yang bernasib baik duduk depan komputer tekan satu dua butang dah dapat 4-5 angka sebulan. Dan yang berhempas pulas 24 jam membanting tulang masih lagi tak mampu nak beli nasi nak sara sekeluarga.  Hidup ini memang pelik.

Ada orang suka menunggu rezeki turun dari langit, ada orang suka bergantung rezeki pada nasib (no.ekor la tu), ada orang bijak mencari rezeki dengan kelebihan yang ada dan ada juga yang suka merampas rezeki orang lain.

Kadang-kadang kerana tewas dalam pencarian rezeki lalu kita kecewa dan tak mahu lagi meneruskan usaha. Kenapa tidak cari saja apakah punca kegagalan kita itu dan perbetulkannya? Memang lumrah manusia, apabila gagal mulalah mencari sesuatu untuk dipersalahkan. Kita salahkan orang sekeliling kita. Kita tidak sedar orang yang paling patut disalahkan adalah diri kita sendiri sebenarnya. Kita terlupa bahawa satu-satu pihak yang berkuasa penuh memikul amanah dari Tuhan adalah diri kita sendiri.

Usaha tangga kejayaan!!

Sekian untuk panduan dan renungan bersama.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb