
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk post kali ini suka saya untuk membincangkan berkenaan dengan pertanian adalah perniagaan.Kepimpinan Pak Lah menumpukan kepada pertanian sebagai salah satu punca pendapatan utama. Peluang untuk menjana pendapatan melalui pertanian terbuka luas kepada sesiapa saja yang bijak merebut peluang
TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :
1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber
pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar;
2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan
kepelbagaian produk;
3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.
SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :
a. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan
sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;
b. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;
c. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak
5.2%; dan
d. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan
pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.
e. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah
disasarkan.
Kalau dilihat dari teras dan sasaran RMK 9, Pertanian menawarkan satu peluang perniagaan yang cukup besar selaras dengan wawasan negara yang mahu menajdikan pertanian satu perniagaan. Di tambah dengan teknologi kini dan saluran internet yang tiada had, mengapa tidak kita jadikan pertanian satu lagi punca pendapatan selain bisnes internet yang juga kian meluas di Negara kita. Namun pertanian perlukan satu komitmen dan usaha yang berterusan kerana ianya pasti suatu bidang yang cukup berisiko tetapi lumayan. Bak kata pepatah ” mana nak dapatkan sagu, jika tidak dipecahkan ruyungnya”, betul ke pepatah ni,
Sekian dulu artikel pasal pertanian ni, kepada sesiapa yang ada idea menarik pasal pertanian bolehlah bagi cadangan untuk kita kongsi bersama.
Terima kasih.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.