Portal Pengiklanan Percuma Khas Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress  
http://www.ebukupanduan.com/rahsiainternet

Archive for February, 2008

Merancang Kewangan (untuk keluarga)

Sedikit tips untuk dikongsi bersama terutamanya untuk yang sudah berumahtangga. pasti antara kita pernah mengalami krisis kewangan dalam melayari bahtera perkahwinan, chewah macam buku alam rumahtangga la pulak ye..Mari kita kongsi sebagai panduan dan ilmu untuk kebaikan bersama. Bagi yang belum berkahwin tu cepatlah kahwin kerana banyak kelebihan orang yang dah berkahwin ni. Yang lelaki bila berkahwin ni kelebihannya dia akan menjadi LEBIH gatal..hehehe gurau je. :wink:

tips 1 - Senaraikan Perbelanjaan Mengikut Pendapatan.

Kebanyakkan antara kita sudah melakukan perkara ini. Memang ianya berkesan dalam merancang kewangan. Pastikan anda sudah menyenaraikan setiap belanja yang perlu setelah menerima pendapatan atau gaji setiap bulan. Berdisiplin dalam membelanjakan wang tersebut mengikut apa yang telah dirancang, seperti perbelanjaan barangan dapur, barang baby, sewa rumah dan sebagainya. Dengan cara ini kita akan ketahui tahap kemampuan kewangan kita dan tidak akan berbelanja untuk perkara yang tidak sepatutnya. Ada lebih tu menyimpanlah dan seeloknya bagi derma ikhlas..

Tips 2 - Gabungkan Pendapatan.

Bila sudah serumah tu, bagi yang dah berumahtangga la, yang bercouple jangan tiru tips ni, seeloknya pendapatan suami dan isteri digabungkan sekali. Dengan ini dapatlah saling bantu membantu antara suami isteri. Walaupun nafkah isteri di bawah suami, tapi jika isteri ingin membantu suami meringankan beban keluarga itulah sebaiknya. Tidaklah suami je sakit kepala fikirkan belanja-belanja yang nak ditempuhi, makin hilang rambut di kepala suami tu nanti. Tapi jika isteri tak mahu berkongsi suami tak boleh paksa ye kerana sudah tanggungjawab suami memberi nafkah keluarga. tak mahu kongsi-kongsi kahwin je lagi satu..hehehe, lagi la serabut kepala tu nanti.

tips 3 - Selalu Berbincang dan Rekod

Bagi mengukuhkan lagi perancangan kewangan, seeloknya hendaklah selalu berbincang mengenai ekonomi keluarga. Setiap yang dibincangkan hendaklah dicatat di atas kertas supaya mudah untuk mengetahui permasalahan dan cuba selesaikan bersama. Catatkan semua apa yang perlu dibelanjakan, tiada lagi rahsia hutang kad kredit, secret study loan dan sebagainya dan dibuat secara telus antara pasangan. Jika suami isteri sudah bersetuju berkongsi pendapatan jadi mereka juga sudah bersetuju berkongsi segala masalah dan impian kewangan bersama.

tip 4 - Jalan-Jalan Bersama.

Yang ni betul ke tidak tak tahulah. Jalan-jalan di sini boleh ditafsir sebagai jalan-jalan sekitar perumahan, taman-taman rekreasi ataupun melancong. Mengapa saya kata jalan-jalan penting dalam merancang kewangan keluarga? Kerana dalam membuat keputusan perbelanjaan-pendapatan keluarga biasanya boleh menimbulkan suasana tegang, jadi apalah salahnya bawa pasangan anda jalan-jalan sambil berbincang masalah kewangan keluarga. Suasana memberi pengaruh kepada keputusan dan ia juga boleh menambahkan hubungan akrab anda bersama, cubalah ajak suami pergi jalan-jalan di Taman rekreasi dan masa tu try minta nak gelang emas, pasti dapat..

Sekian dulu tips dari saya ni. kalau betul bolehlah jadi panduan, kalau salah tu maafkan saya ya, sekadar menulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Info Menarik Cari Duit di Internet

tasik victoriatasik victoria

 

Tengok tajuk macam menarik jekan?..Memang menarik pun tapi bukan pasal info menarik bagaimana nak jana income dari Internet tapi fakta menarik pasal dunia kita ni..Saja je nak bagi gempak sikit..hehehe sorry ye. Sesekali rilek sejenak selepas bekerja keras untuk bisnes online ni apa salahnya boleh tambah ilmu pengetahuan sikit. Saya akan sentiasa datangkan info-info menarik untuk anda, jadilah pembaca setia blog ini untuk tidak terlepas info2 menarik ini..layaaann..

 

1. Bila ikan jerung menggigit, matanya akan bertukar menjadi hitam dan giginya akan terkeluar.

2. Jantung Manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki dan Manusia yang tertekan pula boleh menggunakan kaki untuk bagi sepam dua.

3. Lidah sesumpah 2 x lebih panjang dari badannya dan manusia selalu menyumpah menggunakan lidahnya, cuba elakkan.

4. Sebarang cecair di angkasa akan berbentuk bulat akibat tekanan gravity. Try tanya Dr SMS betul ke tidak..

5. Sukan Olimpik pertama mula diperkenalkan pada tahun 1896 di Athens.

6. Lebah Madu ada mempunyai bulu kening di matanya dan jika nak lebam bijik mata cubalah bagi ‘madu’ pada isteri anda.

7. Adalah menyalahi undang-undang memelihara binatang di Iceland.

8. Tasik terbesar di garisan Khatulistiwa ialah Tasik Victoria.

9. Khalifah Islam yang pertama ialah Syaidina Abu Bakar As-sidiq, yang ni tak tahu parah la..

10. Pinocchio adalah hasil karya Carlo Collodi.

11. Indonesia adalah negara terbesar di Asia Tenggara.

12. Malaysia berada di tangga ke 165 carta bolasepak dunia..agak banyak jugak.

 

Ok itu saja untuk kali ini. banyak lagi fakta-fakta menarik untuk dikongsi bersama sambil-sambil kita cari idea Bisnes Online ni. Semoga otak kita akan menjadi lebih lapang sedikit.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Meriahnya Pilihanraya..

Apa Khabar semua..

Semoga sihat-sihat selalu hendaknya.. Kali ni jom kita bicarakan pasal pilihanraya ke 12 yang semakin panas terasa sekarang nie. Alhamdulillah, hari penamaan calon telah berlangsung dalam suasana yang aman damai semalam (24 feb 2008). Kita seharusnya bersyukur.. Malaysia adalah negara yang aman damai jika dibandingkan dengan negara luar, pasti pelbagai perkara yang tidak diingini telah berlaku..

Perang poster juga telah bermula sejak semalam lagi! Kiri kanan jalan penuh dengan warna warni. Hijau-Biru & kadang-kadang Merah! Ahli-ahli parti politik pula begitu sibuk mengatur strategi untuk memancing undi..

Apa yang menarik perhatian saya adalah salah seorang calon yang bertanding kali ini berumur 89 tahun!! Memang steady betul nenek nie. Beliau merupakan calon BEBAS yang bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Lawan beliau adalah Datuk Razali Ismail dari BARISAN NASIONAL dan Mohd Sabu dari PAS. Hari ni pula, beliau sudah mula menjalankan kempen beliau berbasikal keseluruh kampung berjumpa dengan bakal-bakal pengundinya.. Syabas Tok.. Semangat juang Tok begitu tinggi! Namun yang cu musykilkan macamanaTok nak berkhidmat pada rakyat nanti, Tok sendiri pun terima wang JKM..apahal pun Semoga Tok berjaya ngan misi Tok tu nanti..hehehe. Bab kata orang bercinta, usia bukanlah penghalangnya.

Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh nenek89 itu boleh dijadikan sumber motivasi kepada usahawan-usahawan  dalam menjalankan perniagaan. Bagi saya sendiri, merasa amat kagum dengan usaha dan semangat yang dimilikinya. Mungkin orang lain seusianya tidak lagi memikirkan tentang parti nie.. Berehat bersama anak cucu kat rumah jer kot, sambil gulung daun sireh..hehe

Adakah nenek89 nie bakal menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu? Sama-sama kita tunggu keputusan 8 Mac ini..

calon bebas KT

Sekian..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Pertanian dan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuk artikel kali ni nampak macam buku sekolah menengah dulu kan? saja je saya letak begitu supaya nampak menarik.

Kali ini saya nak bercerita sikit pasal projek terbaru saya. Walaupun saya meminati ilmu internet ni namun saranan Pak Lah untuk menjadikan Malaysia negara pertanian disambut juga oleh saya.

Cendawan. Ya, projek terbaru saya bersama seorang lagi rakan kongsi telah menceburi bidang penanaman Cendawan Tiram yang agak popular ketika ini. Banyak berita2 yang kita dengar dalam akhbar mahupun televisyen pasal kejayaan penanam2 cendawan. Namun harus diingat, menceburi bidang ini bukanlah semudah yang disangkakan, banyak halangan dan teknik2 yang betul harus dipraktikkan.

Dengan bermodalkan RM10k lebih kami menubuhkan COOLLUCK ENT. Coolluck tu sempena nama kulat, nama lain bagi cendawan selain maknanya yang agak baik juga jika diterjemah ke Bahasa Melayu. Beroperasi di Lepan Bola, Batu Gajah Tanah Merah, Kelantan nun jauh di dalam hutan belantara yang baru diteroka, sesuai untuk habitat cendawan ni yang perlukan privacy yang tinggi. Macam artis pun ada perangai cendawan ni.

Kami membina rumah cendawan seluas 50 x 20 kaki bagi menempatkan 15000 bag media cendawan dan setiap bag boleh menghasilkan 5 - 8 kali hasil. Biasanya selepas sebulan lebih menyuntik anak benih maka hasil sudah boleh dituai. Untuk proses seterusnya, dapatkan ebook saya di pasaran..hehehe gurau je.

Harga pasaran terkini RM6 - RM8 sekilo.

Sekian untuk kali ini, saya akan post lagi artikel berkenaan dengan penanaman cendawan di lain hari. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat berkenaan cendawan ni bolehlah mesej kepada kami.

Terima kasih…


Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

AKU DAN SESUATU - MAHU JADI…

Kalau tengok tajuk tu macam lagu XPDC kan? tapi tulisan saya kali ni bukan nak tulis lirik lagu tu tapi lebih kepada sajak yang dihasilkan sendiri. Sajak ni menceritakan apa yang kita inginkan dalam karier kita. Walau apapun yang kita pilih biarlah ianya memberi kepuasan kepada kita.

Tiada guna wang bertimbun, jika hidup tiada senyum-Falsafah saya. :mrgreen:

mahu jadi…

mahu jadi guru, kena ada ilmu

mahu jadi askar, semangat mesti berkobar

mahu jadi pencuri, kena tangkap tak dapat lari

mahu jadi bomba, no fear fire

mahu jadi Misi, mesti tabah hati

mahu jadi polis, jumpa banya kes

mahu jadi kartunis, mesti pandai lukis

kalau lukis buah manggis, pun tidak boleh

baik tanam sireh, takpun tanam kubis

mahu meniaga internet, Line kena connect

sekurang-kurangnya line streamyx

Apapun kita mahu jadi..

Biar ia diberkati, jangan buat ikut sedap diri

hidup selamat senang hati.

sekian..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kisah Dan Tauladan

Untuk artikel hari ni, saya ingin berkongsi satu kisah yang amat menarik yang boleh dijadikan panduan untuk renungan kita bersama dalam mengejar kejayaan. Walaupun lari sikit dari skop blog ni tapi saya rasa bolehlah kita jadikan panduan.

Diceritakan oleh Rabiah:

“ Sayalah yang menguruskan segala barang-barang keperluan untuk kegunaan Nabi pada waktu malam. Saya akan meneyediakan air, pesugi, sejadah dan lain-lain untuk Nabi mendirikan Tahjjudnya. Pada suatu ketika, kerana mengenangkan perkhidmatan saya yang memuaskan, Baginda bertanya’ Apakah yang kamu sangat-sangat ingin?! Saya menjawab: ‘Ya Rasullah, saya ingin bersama-sama dengan tuan dalam syurga’. Mendegar jawapan saya ini Baginda bertanya lagi: ‘ Selain dari itu?’. Jawab saya: ‘ Itulah saja yang menjadi idaman saya’. Akhirnya Baginda berkata: ‘Baiklah, kamu mesti menolong aku dengan sering bersujud kepada Allah.’

Kisah di atas mengandungi pelajaran yang amat penting bagi kita umat Islam. Cita-cita yang ingin dicapai sudah tentu tidak akan tercapai dengan hanya berdoa atau minta-minta kepada Allah sahaja. Doa harus diikuti dengan amal perbuatan dan sebaik-baik amal perbuatan adalah sembahyang. Sudahkah anda sembahyang? Hehehe..pergilah sembahyang dulu. :razz:

Kejayaan, sama ada bersifat duniawi ataupun ukhrowi hanya akan dapat dicapai dengan usaha. Selepas usaha berdoalah kepada tuhan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb