Portal Pengiklanan Percuma Khas Untuk Anda!
Powered by MaxBlogPress  
link 4

Kaya No.1

Dalam paper kini banyak memaparkan isu-isu yang agak hangat dan pasti sedang panas dikatakan oleh seluruh rakyat Malaysia di serata pelusuk tanahair yang kita cintai ini. Kes-kes berprofil tinggi ini yang membabitkan golongan atasan ini semakin menenggelamkan isu kenaikan harga petrol yang pernah mengemparkan rakyat malaysia 2 3 minggu lepas. Dan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang melayu (mudah lupa) saya juga tidak terlepas untuk mula melupakan kenaikan harga petrol tersebut dan cuba untuk hidup seperti biasa, seperti kenaikan harga minyak ini tak pernah berlaku dan seolah2 tak menjejaskan kehidupan harian walaupun ia sebenarnya telah memberi kesan secara langsung kepada kuasa beli saya. Saya mudah lupa. Lagipun kerajaan kita bijak dalam menangani kes2 begini dengan pemberian rebat minyak dan lain-lain lagi. Terima kasih kerajaan. :lol:

Namun intro yang panjang berjela itu bukanlah isu utama dalam penulisan saya ini, yang saya nak katakan ialah dalam ketika baca paper semalam saya terjumpalah artikel yang membicarakan tentang kekayaan mamat yang bernama Bill Gates ini. Untuk tidak membuang masa membaca coretan yang panjang jadi saya lampirkan fakta-fakta penting pasal Bill Gates ini yang pastinya walau harga minyak melambung tinggi, mamat ni tak terjejas langsung dan tak perlu beli motosikal pun bagi menjimatkan perbelanjaan harian beliau. Baca selanjutnya:

Bill Gates

1. Berusia 52 tahun

2. Mengasaskan Micrososft bersama Paul Allen pada tahun 1975.

3. Sistem pengaendalian Microsoft menguasai 90% daripada 1 billion PC seluruh dunia.

4. Cuba membeli Yahoo dengan harga RM160 billion tetapi gagal.

5. Pendapatan Microsoft 1/3 dari peruntukan Malaysia untuk RMK-9

6. Keuntungan Microsoft untuk tahun 2007 RM57.6 billion melebihi semua kekayaan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia termasuk xtremebizz sendiri.

7. Nilai kekayaan peribadi beliau kini mencecah RM163 billion

8. Pada tahun 1998 kekayaan beliau telah diukur sebanyak RM960 sesaat.

9. Kekayaannya melebihi KDNK semua negara di benua Afrika tidak termasuk Afrika Selatan.

10. Menubuhkan yayasan Bill & Melinda Gates dengan dana terkumpul (terbesar) sebanyak RM88 billion.

Namun semua kekayaan itu tidak dipandang oleh Allah S.W.T kecualilah beliau memeluk Islam dan membuat sedekah jariah danmenderma ke jalan yang diredhai. sekian. :lol:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Sudah sampai 29

Detik 06/07 maka genaplah usia saya kepada 29. Sudah agak tua sebenarnya jika nak dibandingkan dengan pemain-pemain bolasepak Eropah, mereka sekitar 18 - 26 tahun sudah matang dalam dunia bolasepak.

Alhamdulillah syukur banyak2 kepada Allah S.W.T kerana masih memberi ruang untuk saya bernafas di muka buminya ini beserta dengan nikmat2nya yang mencurah-curah tak henti-henti. Alhamdulillah.

Di angka 29 ni, dengan kemurahan rezeki dari Ilahi saya sudah mempunyai sepasang cahaya mata yang cantik (pada pandangan saya ler), dan juga seorang isteri saja setakat ini :lol: . Kini saya menetap di rumah sendiri di kampung yang telah dibina sekitar akhir tahun 2006 hasil titik peluh pihak bank dan juga sebuah kereta pinjam untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana walaupun kereta itu banyak tak bergerak pun lantaran krisis minyak yang melanda negara. Saya lebih gemar menunggang motosikal saja walaupun ianya sebuah motosikal yang buruk, kerajaan suruh bersederhana.

anak gadis saya: nurin auni syafiqah

Banyak lagi impian saya yang masih belum digapai menjelang angka 29 dan insya’allah saya akan terus berusaha demi mencapai apa yang diidamkan. Impian utama saya ialah ingin membahagiakan kedua orang tua dan juga membantu setakat yang boleh rakan-rakan di sekeliling agar mereka juga mampu mengecapi hidup yang lebih selesa. macam karangan sekolah menengah la pulak..

Oklah itulah serba sedikit mengenai saya yang hina ini, tulis panjang2kan nanti orang boring pula nak baca lagipun saya bukanlah seorang artis yang popular yang ramai peminat nak tahu kisah hidup mereka hatta pasal makanan kegemaran pun heboh satu malaya. Saya insan biasa yang menumpang di bumi tuhan ini.

Semoga detik 29 ni bermula sebuah kehidupan yang lebih baik untuk saya dalam menuju kebahagiaan dunia dan akhirat sana, anda juga saya doakan.

sekian, reen.

p/s: Pada piala dunia 2002, Ronaldo telah menjaringkan gol kemenangan ke atas Jerman pada minit 67 dan 79 untuk menjuarai piala dunia ke 5 mereka. :grin:

di tepi sungai kat kampung. merenung nasib dikala subuh menyising

tempat mencari ilham, depan umah. takde keja sini la saya selalu lepak ngan member2

2 permata hati. Anak lelaki saya, naufal zaafarani (11 bulan), baru je boleh berjalan..

chow..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Projek Cendawan

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus dan menempuh pelbagai onak duri dan ranjau berliku akhirnya projek cendawan yang kami usahakan beberapa bulan yang lalu mula mengeluarkan hasil. Syukur. Pada awal proses penanaman ini kami menghadapi masalah cendawan tidak tumbuh walaupun telah mencapai tempoh matang namun hasil dari kajian yang tak seberapa maka puncanya dapat dikenalpasti.

Permintaan yang tinggi tidak mampu dipenuhi oleh kami lantaran pada peringkat permulaan dan percubaan ini kami sekadar memasukkan bag media berisi cendawan beberapa ribu saja. Permintaan terhadap cendawan amatlah tinggi ketika ini bilamana tempahan datang bertali arus walau baru sehari memasuki pasaran. Setakat ini kami hanya mampu memasarkan area Tanah Merah saja dan bercita-cita mahu menembusi pasaran Eropah pula.. :lol:

Cendawan kami juga telah mula memasuki pasaran Golok Thailand, bukan seludup secara haram tapi dikirim kepada salah seorang peraih dari sini setiap hari setelah permintaan dari sana juga tinggi. Alhamdulillah setakat ini dari segi pasaran kami tidak menghadapi masalah, mungkin faktor pengeluaran yang tak seberapa kot. Sekarang ini kami dalam proses untuk menambah pengeluaran cendawan bagi memenuhi permintaan dan juga memenuhi poket kami, hehehe. Insya’allah.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil untuk tatapan anda semua agar tidak boring membaca celoteh saya yang tak seberapa ini.

p/s: kalau ada sapa2 yang tahu macamana nak dapatkan bantuan ntuk majukan perniagaan ini bolehlah kongsi bersama ye, bantuan saja, pinjaman kami tak mahu..huhuhu.. :mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Panggilan Untuk Orang Sabah!

Assalamualikum w.b.t..

Semoga sihat dan ceria2 selalu..

Panggilan untuk Rakan-Rakan Usahawan dari Sabah! Kali ini saya ingin menjemput usahawan-usahawan yang berminat dalam perniagaan SMS di Sabah untuk menyertai satu seminar yang di kelolakan oleh Usahawan Perniagaan SMS Malaysia..En. Irwan Dahnil.

Sebelum ni, saya ada menulis mengenai kelebihan dan peluang menjana pendapatan melalu SMS. Anda boleh membaca di sini. Memang telah terbukti ramai mereka yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan SMS!

Bercakap mengenai Seminar SMS yang julung-julung kalinya akan di adakan di Kota Kinabalu pada 21 Jun nie, saya rasa ini adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan SMS kerana perniagaan ini masih baru berkembang dan tidak rugi malah sangat-sangat beruntung jika sekiranya anda merebut peluang ini. Lagipun, bukan senang En. Irwan Dahnil berkesempatan untuk terbang ke Kota Kinabalu untuk mengadakan seminar ini. Sebelum ini, seminar ini hanya diadakan di Kuala Lumpur dan sentiasa mendapat sambutan hangat. So, ini adalah satu peluang yang sgt baik untuk anda di Sabah! Hohoho..

Seminar Perniagaan SMS ini akan mengupas mengenai asas perniagaan SMS, bentuk-bentuk perniagaan yang boleh dijana melalui SMS, peluang serta tips dan rahsia menjana pendapatan lumayan melalui SMS. Pendek kata, semua peluang buat duit melalui SMS akan dibongkarkan! So, tempah tempat anda sekarang. Saya pasti seminar ini akan mendapat sambutan ramai!

Jika sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini. Dan jika sekiranya anda berminat untuk menyertainya, sila hubungi saya untuk dapatkan rebet tunai!

Saya juga akan turut serta di sana nanti.. :grin:
Sekian.. Salam Usahawan! :mrgreen:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

PENIPUAN?

Hari ni saya ada terima satu email dari maybank kononnya. Sebelum ni dah ada terima dari member yang mengatakan ada satu sindiket penipuan berkenaan maybank2u.com tu..Kononnya maybank menginginkan kita update personal details yang terdapat dalam maybank2u tu. Dan hari ni saya sendiri terima email dari ‘maybank’ tu supaya update details bagi melicinkan lagi urusan berkaitan ngan maybank2u.

Saya telah merasa ragu-ragu akan perkara ini lalu cek ngan web asal maybank2u dan nyata ada perbezaan. Satu lagi domain name dia pun dah lain macam bila kita klik kat Account re-activation tu. Jadi saya harap mari kita sebar2kan perkara ni kepada kawan2 yang lain agar tak ada nanti yang jadi mangsa dari mereka yang sanggup masuk neraka hanya kerana secebis wang haram..emailnya berbunyi begini:

 

From: Maybank

Sent: Tuesday, June 10, 2008 5:41 AM

Subject: [SPAM?] Important Notice

Maybank2u.com

Dear Customer,

Due to upgrade on our systems, we encountered problems with your account. However, you will be unable to presently not connect to your online account.

This was due to errors in your agreement that made us lose some of your registration data, which you provided during your signup.

We therefore kindly ask you follow the link below and provide us with the required information required for the immediately checking the state of your agreement within our records and enable you connect to your online account

Account Re-activation

We apologise for any inconvinience this might have caused you. Thank you for your co-operation.

Customer Service
Maybank

© 2001-08 Maybank. All rights reserved.

Kalau ada sapa2 yang pakar silalah kongsi bersama perkara ini jika benar ini adalah satu penipuan..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Petrol naik lagi dan lagi dan lagi….

Sudah pasti ramai yang masih merunggut pasal kenaikan harga minyak yang agak mendadak 2 3 hari lepas. Mana-mana saja tempat baik di kedai2 kopi, lobi2 hotel, atas2 tangga rumah hatta ke ceruk2 hutan mana sekalipun rakyat Malaysia masih lagi memperkatakan pasal isu hangat ini. Apa tidaknya kenaikan 78sen seliter ini adalah sesuatu yang cukup besar bagi golongan yang berpendapatan sederhana ataupun golongan miskin termasuklah saya sendiri.

Namun apa yang kita mampu buat hanyalah menerimanya dengan keterpaksaan walaupun hakikatnya kini kita telahpun dilanda dengan bebanan kewangan yang kian meruncing. Kita di sini lebih mengfokuskan kepada diri saya sendiri sebenarnya yang kini sudah pun berkira-kira untuk menunggang saja motosikal ke pejabat. Sepertikata seorang pakar ekonomi semalam, isu kenaikan harga minyak ini bakal menghasilkan lebih banyak golongan marhaen.
Masih belum reda dengan kenaikan harga beras yang melambung, rakyat kini pula akan berhadapan dengan kenaikan tariff elektrik yang mungkin mencecah sehingga 30% kenaikan. Sebenarnya saya bukanlah seorang pakar ekonomi untuk mengulas isu kenaikan demi kenaikan harga minyak dan diesel ini, namun sebagai rakyat yang menumpang di negara pengeluar minyak ini kadang-kadang keliru juga mengapa kita terpaksa menanggung kos kenaikan minyak ini sedangkan negara pengeluar lain seperti Nigeria, Iran ataupun Brunei sendiri masih mampu memberikan harga yang istimewa kepada rakyat mereka. Ntahla, saya kurang arif.

Atau mungkin kita terpaksa ubah cara hidup kembali ke era zaman 60-70an? Berbasikal ke ofis, makan ubi kayu, masak dengan kayu api dan segala macam lagi yang mungkin sukar untuk dilaksanakan namun senang untuk dikatakan. Yang senang akhirnya mereka yang sudah senang lenang bak kata kumpulan FTG ” orang kaya makin kaya, orang miskin naik intrakota”.

Anda boleh baca luahan demi luahan di sini ataupun di sini juga di sini..Sana sinilah pendek kata.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb